Monday, February 8, 2010

no 19: ragam doktor gigi hari ini

bismillah.


dipetik dari Utusan Online ;

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kementerian Kesihatan telah mengarahkan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican melakukan pemeriksaan ke atas semua klinik gigi swasta bagi memastikan doktor yang bertugas di situ berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC). 
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, mana-mana doktor yang tidak berdaftar dengan MDC hendaklah didakwa kerana memberi perkhidmatan tanpa tauliah walaupun mempunyai kelulusan sebagai doktor pergigian di bawah Akta Doktor Pergigian 1971. 
''Doktor-doktor gigi 'palsu' ini boleh dikenakan denda RM10,000 hingga RM50,000 ataupun penjara tidak melebihi lima tahun jika didapati bersalah. 
''Kementerian melihat perkara ini dengan serius yang mana doktor gigi perlu berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia dan mana-mana yang tidak berdaftar tidak boleh memberi perkhidmatan kepada orang ramai," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini bahawa sebanyak 30 peratus doktor gigi yang menawarkan khidmat mereka di Lembah Klang secara haram tanpa tauliah dan berdaftar dengan MDC. 
Laporan itu menyebut 95 doktor yang disiasat 28 daripadanya tiada dalam senarai terkini Majlis Pergigian Malaysia, 29 daripada 122 nama klinik gigi yang disiasat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan kebanyakan doktor gigi 'palsu' ini adalah warga asing yang diupah oleh pemilik 'klinik gigi haram'..

untuk baca selanjutnya, klik link 'Utusan Online'  di atas.




kawan - kawan,
nanti dah grad jangan lupa berdaftar dengan MDC, Malaysian Dental Council ..