| 
 Implan dibuat daripada titanium, boleh sebati dengan tulang                      dan berfungsi sebagai penambat gigiPERNAHKAH  anda terfikir untuk menanam gigi                      baru bagi  menggantikan gigi yang rosak? Tidak kira sama ada                       kerosakan itu disebabkan kemalangan atau penyakit, inovasi                       bidang pergigian menjanjikan anda boleh memiliki senyuman                       menawan dengan susunan gigi yang sempurna. Presiden  Persatuan Pergigian Implan Malaysia,                      Dr Firdaus  Hanapiah, berkata implan gigi bukanlah kaedah baru,                       sebaliknya ia sudah diperkenalkan sejak 1960an. Beliau  berkata, implan gigi bermaksud penggantian                      akar  gigi tiruan dan ia dirintis oleh Prof Per-Ingvar Brånemark                       dari Sweden. 
 Katanya,  Brånemark mendapati implan yang                      dibuat daripada  titanium boleh sebati dengan tulang dan berfungsi                       sebagai penambat untuk gigi.
 
 “Titanium  yang bertindak sebagai implan                      dimasukkan ke dalam  tulang gusi. Kini asas penciptaan Brånemark                       diperbaharui dan terdapat pelbagai jenis implan gigi yang                       boleh dipilih oleh pesakit,” katanya.
 
 
 
 
 LUBANG implan selepas gigi dicabut (gambar kiri). PROSES penanaman implan
 Berbanding  dengan alternatif rawatan pergigian                      yang lain,  implan gigi lebih kuat dan lasak. Ia juga berfungsi                       hampir menyamai gigi asal. Oleh itu, ia adalah jawapan kepada                       masalah kehilangan gigi kekal. Dr  Firdaus berkata, implan bukan saja boleh                      dipasang  secara sendiri tetapi ia juga digunakan sebagai sokongan                       kepada kaedah pergigian terdahulu seperti jejambat gigi (bridge)                       atau bertindak menambah kestabilan gigi. 
 Selain itu, katanya ia juga boleh berfungsi                      mengurangkan masalah tisu gusi.
 “Ada  beberapa jenis implan dan antara                      yang popular  ialah implan menyerupai akar (root shape implant)                       dan implan satu keping (one piece implant),” katanya. 
 IMPLAN yang sudah ditanam, tetapi belum dipasangkan gigi                      (gambar kiri). GIGI selepas proses implan.
Dr  Firdaus berkata, implan gigi tidak sama                      dengan  gigi palsu, sebaliknya, implan yang diperbuat daripada                       titanium bertindak sebagai akar kepada gigi yang hilang. Ia                       akan ditanam dalam gusi sebelum gigi yang diperbuat  daripada                      porselin dilekatkan di atasnya. Katanya,  selain bergantung kepada keadaan gigi                      pesakit dan  kekuatan tulang bawah gusi, ada kalanya proses                       meletakkan implan dan gigi dilakukan beberapa bulan atau hari                       selepas gigi dicabut. 
 Selepas  implan ditanam, katanya pemasangan                      gigi akan  dibuat beberapa ketika selepas itu dan sekali lagi                       ia bergantung pada kekuatan tulang bawah gusi pesakit.
 Bagaimanapun,  Dr Firdaus berkata, bagi pesakit                      yang memiliki  tulang bawah gusi yang kuat, prosedur membabitkan                       penanaman dan pemasangan implan dan gigi dengan kadar segera                       boleh dilakukan. Kaedah ini dikenali sebagai implan pasang                       segera (immediate loading procedure). Secara  umum, pada peringkat antarabangsa, ada                      beberapa  tempoh masa diberikan bagi menanam implan selepas                       gigi dicabut. Antaranya: Implan pasang segera                        selepas gigi dicabut                      Pemasangan implan yang                         tertunda selepas gigi dicabut (Delayed immediate  post-extraction                        implant placement) yang memakan  masa antara dua minggu atau                        tiga bulan selepas  dicabut.                      Pemasangan implan lewat                        (tiga bulan selepas dicabut)                    
 Pesakit kadang kala tidak mahu  menunggu lama                      untuk memasang implan selepas gigi  dicabut, justeru implan                      pasang segera menjadi  pilihan. Prosedur  ini membolehkan implan ditanam dan                      gigi terus  diletakkan di atas. Prosedur ini banyak bergantung                       kepada beberapa faktor antaranya tulang gusi yang kuat untuk                       menampung implan dan porselin. Jika tulang gusi tidak kuat,                       ia tidak boleh dilakukan. 
 Dr  Firdaus berkata, tulang bawah gusi berfungsi                      untuk  memegang implan dan jika tidak kuat atau nipis, ia tidak                       boleh menampung porselin sekali gus menyebabkan pecah.
 
 “Kalau  tulang bawah gusi memang tidak                      kuat, ia diperbaiki  dengan menambah kekuatan tulang menggunakan                      tulang  sintetik yang diambil daripada rahang atau pinggang                       pesakit,” katanya.
 
 Bagaimanapun,  katanya bukan semua gigi boleh                      diganti dengan  implan pasang segera. Hanya gigi yang tidak                       memiliki gigitan yang kuat contohnya gigi depan saja boleh                       melalui prosedur ini.
 
 Katanya,  prosedur penanaman implan tidak terhad                      kepada satu  gigi saja. Malah, seseorang itu boleh memasang                       sehingga 11 implan dalam satu masa.
 
 “Implan  memiliki kekuatan yang sama dengan                      gigi asal. Ia  boleh bertahan lama selagi kita menjaganya seperti                       mana penjagaan gigi biasa. Plak juga tidak mudah lekat kerana                       ia diperbuat daripada porselin, jadi ia licin,” katanya.
 
 Dr  Firdaus berkata, jika hanya satu batang                      gigi saja  yang ingin diganti, prosedur implan satu keping                       menjadi pilihan.
 
 “Biasanya,  implan ini dipasang jika hanya                      satu batang gigi  saja yang rosak atau ia berulang kali berlubang                       yang tidak boleh dibetulkan atau gigi hanya tinggal tunggul.                       Selalunya, prosedur ini menjadi pilihan mereka yang kemalangan                       jalan raya atau mengalami rahang pecah,”
 
 Mengenali proses implan  Diagnos  atau imbasan                        seluruh gigi perlu dibuat bagi  mendapatkan ukuran. Ini bagi                        mendapatkan ukuran  panjang implan yang akan ditanam. Panjang                        implan  adalah berdasarkan panjang akar gigi yang akan diganti.                         Biasanya akar gigi orang dewasa adalah antara lapan hingga                         15 milimeter (mm) dengan lebar antara 3.3 mm hingga 6  mm.                                              Pesakit akan dibius                         menggunakan jenis bius setempat dan prosedur  memasukkan                        implan mengambil masa 10 minit. Proses  ini tidak menyakitkan.                        sementara gigi belum  dipasang, satu alat khas dipasang bagi                        menutup  permukaan implan. Gigi (crown) akan diletakkan di                         atas implan dalam masa dua bulan setengah (minimum).                     
 Kekurangan alternatif lain selain implan                       Secara  tradisionalnya                        kehilangan gigi akan digantikan  dengan gigi palsu. Bagaimanapun,                        gigi palsu tidak  membolehkan pemakainya menggigit dengan                        kuat,  mudah patah dan pecah.                      Satu lagi rutin gigi                         palsu yang mesti dipatuhi, ia perlu dibuka sebelum  tidur                        bagi mengelak jangkitan.                      Selain gigi palsu,  alternatif                        yang ada adalah jejambat gigi (bridge)  masalahnya, gigi                        di sebelah kiri dan kanan perlu  dibetulkan bagi memudahkan                        proses menyangkut  bridge. Masalahnya gigi yang elok juga                        perlu  dipotong.                    
 INFO: Siapa yang boleh menggunakan                      implan gigi?  Secara umum, mereka yang boleh memilih prosedur                      ini adalah; sumber : berita harianKehilangan sebatang                        atau lebih gigi.                      Memiliki tulang bawah                        gusi yang kuat atau boleh melakukan prosedur graft tulang.                      Berhadapan dengan  trauma                        yang menyebabkan gigi rosak, patah atau  mengalami penyakit                        kekurangan gigi sejak lahir  (hypodontia)                      Memiliki tisu mulut                        yang sihat                      Tidak berhadapan dengan                         masalah kesihatan yang boleh mengugat proses  penyembuhan                        tulang.
 | 
4 comments:
menarik!!!
serius SAKET!!!!
anon di atas ada pengalaman ke?
saya dah buat implan 3 batang sekaligus..memang sakit sket then after that memang puas hati la..sakit masa pasang skru tu..mmg kena tahan gile2 ah..
Post a Comment