Showing posts with label admin. Show all posts
Showing posts with label admin. Show all posts

Friday, April 8, 2011

exam dah habis, next?

fuhh Alhamdulillah. budak gigi tahun 2 baru sahaja habis first exam dan mid exam. cahaya keseronokan nampak terpancar pancar dari muka semua. Alhamdulillah. semoga gap seminggu sebelum 2nd exam bermula dapat digunakan dengan sebaiknya. ye, gap seminggu je. jangan nak suka lama lama sangat ye? :)

ok lari tajuk, ESOK malam semua kita semua ada temujanji,
 

BERSAMA DEAN of DENTISTRY UiTM

Professor Dr. Mohamed Ibrahim  Abu Hassan

Butiran :
 
TARIKH : 9 APRIL 2011
MASA : 7.35 pm - 10.00 pm
TEMPAT : MUJAMMA' NAQABAT (berdekatan dengan restoran McDonald)

 
Tentatif : 
 
7.35 pm : Ketibaan para pelajar dan VIP
7.45 pm : Majlis bermula
7.50 pm : Ucapan daripada Presiden PERMAI
7.55 pm : Sesi  bersama Dean of Dentistry bermula
9.30 pm : Slot Q & A
10.00 pm : Penutup

 
 
insyaAllah.
 
 
bangga menjadi pelajar dentist? buktikan dengan kehadiran anda! bila lagi nak beramah mesra dengan semua budak budak gigi kan?
 
MMJ, CONJUGRING EXCELLENCE!
 
:D
 
P/S: kalau budak bukan gigi nak datang pon, boleeehhhh! :)

Friday, March 18, 2011

parody

parody vid. 

dentist oh dentist

Tuesday, January 4, 2011

Buat Ibu Ayah Kepada Seorang Doktor

Khusus buat:
Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan (di mana jua anda berada)
Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas.

Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan (1986-1991), sudah menjadi doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.

Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang yang bergelar 'Doktor' dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dengan rakan karib yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen "Satu Keluarga Seorang Doktor" lagaknya.

Jangan kalian terkejut nanti-dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.

Perubatan adalah suatu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan "self-directed learning-SDL", student centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar PESAKIT itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian - menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dengan didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan 'A+' dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.


Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna-terutamanya terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan-bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengan Rabb..

Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak ini berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan minat dan keinginan mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka-terutamanya jika mereka akan berhadapan dengan kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka hingga ke akhir nanti - kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

Sekian.


Oleh : P.M. Dr. Hjh. Harlina Harlizah binti Hj. Siraj


****

yang tidak ada kaitan dengan artikel di atas, tapi nak diselitsama :-

-log in Facebook. dan Add Friend ID Rakan I-Medik untuk sertai Persatuan Pengamal Perubatan Islam Malaysia. sertai lah kalau rasa nak salurkan tenaga+kemahiran diri utk dunia pergigian dan dunia Islam! bukan utk doktor perubatan saja, doktor gigi juga sama!


-bingkisan utk exam Genetics : Video dan satu fail Genetics slides di Flash Box.


Monday, December 20, 2010

Pantun Pre-Ending of 1st Sem

tuai padi antara nampak,
esok jangan layu-layuan,
baca lah buku sebelum tersedak,
esok jangan bertangis-tangisan.

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama ayam seramo [orang nogori cakap serama]
markah bonus mana nak cari,
kalau jawab exam - asyik Flag sokmo.

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
bila lagi nak selak nak belajar,
kalau bukan sekarang masa utk dimanfaatkan?

kaki kayu tak main tari,
tangan menari atas papan kekunci,
belajar jauh2 kasi bangga ibu pertiwi,
kenapa tak guna nikmat Tuhan beri?

dah. dah habis modal malam ni. tau pantun ni tak mampu kalahkan orang terer sastera.
tapi sape nak beli pantun, sila lah saling nasihat menasihat dalam ruang komen.
siapa dah siap susun jadual sem 2 untuk tasjil pukul 1, 22hb ni - kasi share sama dalam YG!


'Demi masa. sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran'

-surah Al Asr

 
1) sila buat hypothesis : 
sudah berapa lama pakcik ini bekerja di kedai ini - setiap hari melipat roti dan membakar roti?

2) nyatakan conclusion : 
pengajaran daripada gambar di atas.

Sunday, November 7, 2010

make us strong




MAKE ME STRONG



I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf




Allah, beri kan kami kekuatan. dalam menempuhi ujian saban hari dalam menuntut ilmu. dentist bangkit! :)

tak pe kita gagal sekali sekala, untuk kita sedar berjaya perlu usaha. 

Thursday, July 15, 2010

Tuesdays with Morrie, by Mitch Albom.



dah baca poster. ape lagi.
moh ramaikan AGM PERMAI 2010 !

kita ada hak pada pemimpin kita,
dan mereka pun ada hak pada kita.


p/s : sori. tajuk 'ADA' kaitan dengan isi. rajin-rajin kalau lapang, banyakkan membaca. buku dicadang seperti tajuk post ini. kalau suka islamik sikit, Enjoy Your Life by Dr. Muhammad Abdul Rahman Al-'Arifi. sekian.
semoga hidup seorang doktor gigi lebih bermakna.

Wednesday, March 24, 2010

no 24 : this is not so typical.

salam 1 Irbid.

a fun way to study, my fellows !
search for animations and videos that gives brighter enlightenment about what we are studying.

for example;
Natural Resource subject.



you can click this link to go for the website !
good luck for exams (-,-) 

jadi lah orang yang paling yakin dengan doa,
tapi jugak yang paling redha dengan ketentuan Nya !

Thursday, March 18, 2010

no 22 : visual basic - Questions ?

bismillah.

all past years questions + a few exercises for 1st exam are now available in the Flash Widget !

dont forget to share with all~

all for one, and one for all.

adios. selamat study. jangan studor [study+tidur] +.+