Showing posts with label bibot bebel. Show all posts
Showing posts with label bibot bebel. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

tooth carving




dengar cerita, lab dental anat minggu depan dah mula carving wax. jom tengok video siap2, nanti dalam lab x de ah ternganga besar sangat, tak tau nak buat macam mana kan? eh silap. insyaAllah korang hebat jeeee.  :)


ok lah. semoga semua orang rajin belajar lah yeeee. *sambil menunding jari ke diri sendiri*


lepas neh boleh la beli sabun banyak2 belatih kat rumah. :D


ok aku stress sebab video neh besar sangat sampai tekeluar2 kat tepi tu. sape reti betulkan tolong la ye. sorry la buat blog neh buruk siket. +_+

Friday, October 29, 2010

cukup beradab dah?

teringat pesanan seorang senior kepada kami.


"ada 2 benda yang kita kna jaga dalam menuntut ilmu. ADAB dan BERKAT."


artikel bawah ni di copy dari http://www.zaharuddin.net/


Allah swt pernah menggambarkan bagaimana adab penuntut ilmu di hadapan gurunya :-
قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِى فَلاَ تَسْأَلْنى عَن شَىءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْراً
Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu " ( Al-Kahfi, 70)

Adab-adab penuntut ini sangat ditekankan oleh ulama silam sehingga Imam Al-Ghazzali menyebut :-
ومهما أشار عليه المعلم بطريق في التعلم فليقلده وليدع رأيه فإن خطأ مرشده أنفع له من صوابه في نفسه
Ertinya : Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan sang guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya apa yang datang dari dirinya (penuntut)" ( Ihya 'Ulumiddin, 1/50)

Tidak dinafikan kita boleh berhujjah, berdiskusi  dan mengkritik pendapat Imam Al-Ghazzali di atas, namun sefaham saya ia dibuat dalam konteks penekanan keperluan menghormati guru, meyakini ilmunya dan adab-adab penuntut ilmu di hadapan guru.
Sebagai murid atau penuntut, jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat guru, anda boleh berbincang dengan guru secara tertutup, mengemukakan hujjah anda dalam bentuk yang beradab dan tenang serta menjaga air muka serta menghormati tarjihan sang guru.
Ramai saya temui, penuntut yang menampilkan hujah seolah-olah si guru tersebut tidak tahu. Ramai penuntut yang baru khatam dua tiga buah kitab, merasakan diri lebih bijak dari gurunya.
Jika ada yang mengatakan, "memang hakikatnya murid itu lebih bijak dari gurunya" atau  "murid tidak yakin guru itu lebih tahu dari dirinya",

Lihatlah contoh anak murid Imam Syafie Rabi yang berkata :-
وقال الربيع صاحب الشافعي رحمهما الله ما اجترأت أن أشرب الماء والشافعي ينظر إلي  هيبة له
Ertinya : Berkata Rabi', murid dan rakan SYafie, aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Syafie sedang memandang ke arahku, merasakan kehebatannya" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)

Malah penuntut ilmu Islam di zaman silam amat menghargai gurunya sehingga mereka sering berdoa :-
اللهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني
Ertinya : "Ya Allah, tutuplah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku"

Berusahalah mencari guru yang dipercayai, doakan agar tidak terlihat aibnya, dan jangan mencari kelemahannya, ambil kebaikannya, diskusi dengannya dengan adab dan masuki majlisnya dengan hormat agar berkat ilmu mampu sampai dan memberikanmanfaat di dunia dan akhirat.
Ingatlah, berkat itu amat perlu dalam pengajian ilmu Islam, dengan wujud keberkatan, kefahaman mudah diperoleh, ingatan lambat luput, amalan menjadi mudah, hati menjadi tenang.

Tanpa adab, berkat hilang dan susut, kefahaman tidak menjelang tiba, lupa adalah sindrom biasa dan fikiran sentiasa merasa serabut, hati gersang dan kering.

boleh baca artikel penuh disini


tak pedulik la arab, kalau diorang tanak datang kelas, kutuk lecturer, bising2 kat blakang. kite kan melayu beradab tinggi :) harapnya dengan kite duduk baik baik comel hensem dalam kelas buat lecturer sejuk hati tengok :P

ingat,
kaf ba ra ta alif ta nun! :)

Wednesday, March 24, 2010

weh, jom berangan

jom kita berangan sebentar.

apa keadaan diri kita 3 tahun lagi?
petah bercakap arab?
segak berkot putih lengkap dengan sarung tangan?
berdiri poyo poyo di hadapan markas sihi?

jom kita berangan jauh lagi!


markas sihi - bahagian tibb asnan.


ini kawasan bakal tempat praktikal anda.


sinki ajaib milik bakal bakal dentistt :)


nanti dapat kerusi dentist ni sorang satu.
tapi bukan hak milik anda seorang lah.
 
ada jadual2 yang ditetapkan.
contohnya,
pagi : 5th year clinic, 4th year kelas
ptg : 4th year, clinic, 5th year kelas.

kot.
 
 
sedang bancuh acuan utk membentuk gigi pesakit, langkah pertama untuk membuat gigi palsu.

acuan terdapat dalam pelbagai perisa, stoberi pon ade!

:)

jika bernasib baik, dapat lah rakan sebelah compartment yang baik2 dan cun2. 


kanak2 praktikal yang lain.


lepas dah buat model gigi pesakit. model itu di berikan kepada para technician utk di buat gigi palsu! 
 
-ni section pembuatan gigi-


bersyukur la korang jadi dentist, bukan technician yang buat2 gigi nih.
setiap hari buatkan gigi untuk orang,
sangat -_-'

tabek spring atas kesabaran mereka :)


pesanan penting dari akak senior :
 
1. JANGAN MALAS BELAJAR BAHASA ARAB.
2. collect gigi dari sekarang! nanti gune untuk 3rd year!
3. first year dentist yang sangat relax WAJIB dipenuhi dengan bende2 bermanfaat; contoh kelas quran. sebab masok second year, dah sangat busy ok.
4. rajin2 la buat network dengan kawan2 arab.

:)

sekian pededahan awal.


selamat bergigi!

semoga memberi semangat kepada bakal2 pencabut gigi sekalian 

salam

Monday, January 11, 2010

no 13: bittaufiq fil imtihan!

tolong jangan jadi seperti ini.





pesan saye buat rakan2 bakal dentist,
jadi la dentist yang penyayang dan lemah lembut.

sedangkan dalam urusan hati manusia pun kita disarankan berhikmah. 
apatah lagi dalam nak mencabut dan berusan dengan gigi manusia.

(?)




menarik kan kalau patient kite nanti comel2 macam neh. kan kan?


lame x jenguk blog neh.
boleh tahan ramai followers.
kalah blog aku.
cis tol. haha~

:: salam ::

Friday, November 6, 2009

n0 3 : <-- err camni ke kene buat tajok?

"..amek pergigian je? oh ingatkan medic.."



dulu-dulu aku pon x terlepas dari mempunyai menteliti macam neh. tapi bile da sampai Jordan. dah jumpe kakak2 senior dentist. baru laa........



"oh. kakak2 amek dentist pon nampak tension mcm kakak2 medic kan kan??"


"kakak2 neh pon kedut2 gak kan time exam een? ingatkan kakak medic je.."


"apeeee?? dentist pon amek fiziiikk jugaaakk time sem 1??"



haa. amek ko. saaapeee kate amek dentistry neh senang. ok la, maybe nampak macam keje dentist neh takat main dengan taik2 gigi je. TAPI. oh sesungguhnye bidang kerja dentist ini melibatkan kepala, salah satu anggota yang tanpanya anda tidak boleh hidup. so, jangan main main wokeh.

hakikatnyee, ape2 kerje kat dunie neh, takde yang senang. sume susah. tepulang kat diri kite, nak accept the challenge or just give up before masok medan perang. so adek2 sume, mari la kite berjuang dalam bidang perGIGIan ini sehingge berjaya! cewaah~

sebenanye, dalam hati ingin ku ucapkan..

GOOD LUCK exam chemistry 

kepade sume rakan2 yang bakal amek exam esok. :) ntah macam mane bole melalut sampai camni skali.
'aasifeeh~





JOM STUDI! chaiyookk! syantoh2 hoyehh~ haha. sesat.

bittaufeeq wannajah~

salam zzz...


jangan tension2 okeeh! ^.^