Showing posts with label nabilah.. Show all posts
Showing posts with label nabilah.. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Seni Tidur Siang.

Jumaat, 27 November 2009 13:11
oleh :  daydeq_mokta

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya." 

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor." 

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. 


Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti. (Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)  


Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'. Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'. 

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini..:)



p/s : macamana pulak kalau qailulah dalam lecture hall? hmm. kena lah bijak cari masa dan tempat. lagi-lagi lectures untuk 2nd year dental student setiap hari - waktu petang.
p/s : copy paste. tak dan nak buat kajian sendiri.

Wednesday, August 25, 2010

saya seorang loser (?)


kuiz :
cuba teka di manakah papan tanda ini boleh didapati?

************


sebagaimana gambar ini telah mengingatkan kita;
'he who makes no mistakes makes nothing'

saya terjemahkan 'kita' dalam ayat di atas kepada:
1) yang rasa dah jawab soalan biochemistry final tadi dengan yakin. yakin bahawa dah salah banyak.
2) yang rasa muaddal tahunan dia tak membuatkan orang sekampung di Malaysia cukup berbangga bila mengetahuinya
3) yang rasa dah tak boleh nak teruskan lagi pengajian dalam bidang ini
4) yang rasa macam-macam lagi rasa d0wn kerana telah melakukan sesuatu yang teruk/buruk sebelum ini.

ya. kita semua. semoga ayat ini berjaya membuatkan kita berfikir semula, jika pernah terdetik dalam hati untuk cepat menyerah kalah sebelum perjuangan tamat. ianya adalah okay untuk gagal sebelum ini, lalu belajarlah daripadanya. apa yang penting sesudah kecundang, adalah apa yang kita buat untuk berdiri semula.

Syed Qutb rahimahullah pernah berkata;
saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu adalah apabila kamu melawan rasa lemah itu

buat yang bakal menghadapi exam Intro to Dentistry | Natural Resource | Intro to Psychology esok dan yang bakal mengambil peperiksaan takmili; ada sket bekalan doa yang pernah saya belajar dari kawan sekolah dulu ;

اللهم ارزقنا نجاحا نبتغي به رضى ربنا
وننصر دعوتنا ونبر به والدينا
ونسعد به اخواننا ونكرم به وطننا
وننفع به مسلمين

[ homework : baris dan maksud, sila tanya orang terer bahasa arab yang berdekatan]


p/s : ini tak bermakna gambar di atas memberi galakan supaya kita terus2an melakukan kesalahan yang sama berulang kali, dengan sengaja . jugak tak bermaksud jika sebelum ini kita dah buat perkara yang betul, bererti kita tak buat apa-apa. harap sampai lah maksud sebenar.
p/s 2 : entri ini sungguh berbaur motivasi. ampun lah kalau yang tak ter-motivasi selepas membaca ni.
p/s 3 : rajin-rajin usha lah video di bawah. antara teknologi terbaru dalam bidang pergigian :




Saturday, August 21, 2010

bila tak tahu, tersipu sipu.

edisi bahasa arab

beberapa ucapan famous di bulan Ramadhan, mengikut adat setempat Jordan mahupun dikira ibadat - itu bergantung pada niat masing-masing.

ucapan:
ramadhan kareem
maksud:
bulan ramadhan adlh sgt murah [dgn ganjaran]
jawab balik:
wallahu akram
maksud:
dan allah lah yang [memberikan ganjaran itu kerana] Dia Maha Pemurah
bila yg sesuai?:
bila-bila sepanjang bulan ramadhan


ucapan:
Siyaman maqbulan wa iftaran hanee2an
maksud:
Semoga puasa diterima dan jamuan berbuka dinikmati
jawab balik:
Ameen. Taqabbalallahu siyamana
bila yg sesuai?:
Waktu hampir-hampir berbuka puasa


ucapan:
taqabbalallah
maksud:
Semoga allah menerima (amal)
jawab balik:
Taqabballah minna wa minkum ajma3een
bila yg sesuai?:
Selesai solat atau puasa

****

agak-agak dah power sikit, boleh lah beramal dengan ucapan a.k.a doa ni. takde lah terkutuk bila duduk di negara arab tapi tak tau nak balas apa bila orang arab mendoakan kita. paling common sangat kalau tak tahu, jawab lah 'waiyyak / waiyyaki'

semoga bermanfaat. kalau ada yang salah, boleh tolong betulkan. saya budak baru belajar.
entah ada ke bebudak jodeng baca ni. blogger.com dah kena banned di jordan katanya (?)

Friday, July 23, 2010

Gosok jangan tak Gosok

bismillah. enjoy watching this :




****

mari ber-ihsan dengan akademik kita.
ihsan - yakni; buat sesuatu yang baik dengan cara yang terbaik.



belajar ilmu gigi sungguh - sungguh ! 
bittaufeeq semua untuk exam ITD ahad ini, dan biochemistry lab minggu depan.


*tiba2 rasa dentist sume kena belajar ilmu psikologi kanak-kanak.
senang sket nak handle kalau derang jadi patient nanti*

dan jangan lupa, "bulat bulat bulat" !

Friday, June 25, 2010

Medic Doctors & Dentists : Serving People.



A Week in the life of Dr Marwan Al-Dawoud

source : www.emel.com
Issue 64 January 2010

Taking his medical expertise abroad, the inspirational, Dr Marwan Al-Dawoud shares the satisfaction he gleans from his work, as he and his wife help those in areas of extreme poverty.


After graduating as a doctor from the University of Manchester in the summer of 2007, I already had my sights on where my career and life were heading. I had decided to follow the path of general practice, as well as my strong interest in the new and evolving specialist field of sports medicine. I was appointed team doctor for Wigan Warriors Academy Rugby League team, and thrived from the buzz of running onto the pitch in front of the crowd, assessing and treating the injured players.
In my spare time I work with a UK based volunteer organisation called the Islamic Unity Society. Having been involved with the charity since 2003, I have moved through various roles and responsibilities, finding a niche in providing events and  services linking Muslims with the wider British community.
This includes ties made with Greater Manchester Police, a National Football League and National Blood Donation Campaign. I feel it my duty to spread what knowledge I have in motivating Muslims to actually get up and do something practical and constructive.
However, I have left all that to come to Africa, where I am currently spending a six month sabbatical with my wife, who is a dentist. We are working with various medical non-governmental volunteer organisations across Ethiopia, Kenya, Tanzania, Malawi and South Africa. We are focussing on both primary care and hospital medicine at a grassroots level since there is such extreme poverty here. The people are so grateful for any and every act of help: be it the donation of clothes, or simply a smile.

"the learned man understands the ignorant man, but the ignorant man cannot understand the learned man"

A Week in the life of Dr Marwan Al-Dawoud

"What I enjoy most about my work is the variety of people I meet from day to day. I try to learn from other people’s mistakes, so that I don’t make the same ones. I have learnt patience from patients, discipline from athletes and wisdom from travellers and personalities in history. It is said that the learned man understands the ignorant man for he was once ignorant himself, but the ignorant man cannot understand the learned man as he has never been learned himself. I believe the roots of knowledge to be broad and far-reaching, and it’s important to do more than simply pick up a book."

From my travels I recall trekking through the desert in the ancient valleys of Petra, Jordan. With the sun at maximal height and intensity, armed with only a 500ml bottle of water, tourist map (in Spanish) and basic footwear I had wandered off the beaten track alone in an attempt to take a shortcut to a nearby village.
Within a couple of hours or so I was completely lost in the middle of the desert. After several failed efforts to regain my bearings, I feared that I might never be found. I prostrated in the sand begging God to let me come home to my family and to be given more time to serve Him in all the ways I had hoped. Hours later I eventually managed to make my way back to the road, but I will never forget the fear of feeling helpless, and that God has given me a second chance.
My father always used to ask “Are you in control of time or is time in control of you?“ Since that incident I made an oath never to let time control me and to make every passing second as productive as possible. I’ll have time to rest when I die.
Later this year I plan on doing further work and travel in Australia and China. I also plan on exploring my roots for the first time in Iraq. In the future I would be interested in forming a medical charity for the people of Iraq. Although the scale of poverty and illness here in Africa is undeniable, it also has multiple foreign organisations with established infrastructures and manpower pumping resources into it. Iraq also hosts many foreign organisations, the difference being that they are taking the resources, not providing them. In ten years time I see myself as an established GP and sports medic, with my own children, making regular trips abroad providing medical assistance to those in need and trying to find innovative ways to help our Muslim community progress in the UK.

***

p/s : learn something.

Saturday, June 12, 2010

Usaha Meramaikan Doktor Gigi Di Sektor Awam

KUALA LUMPUR: Fraterniti pergigian perlu menentukan hala tuju dan masa depan sistem pergigian bagi melahirkan lebih ramai doktor pergigian di dalam negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata ini bagi mencapai sasaran kerajaan untuk mengadakan nisbah 1:4,000 antara doktor gigi dan penduduk dalam tempoh tujuh tahun akan datang berbanding nisbah 1:7,936 sekarang.
"Kini terdapat 3,567 pengamal pergigian berdaftar di dalam negara. Namun sebahagian besar penduduk dewasa di negara ini masih belum mendapat rawatan pergigian awam yang mencukupi," katanya semasa berucap pada majlis "Dental Glee Night" sempena Konvensyen Pergigian Sedunia ke-67, di sini malam tadi.
Liow berkata langkah mewajibkan graduan pergigian berkhidmat selama tiga tahun dengan kerajaan pada 2005, telah menambah jumlah doktor gigi di sektor awam kepada 51.5 peratus daripada kurang dari 45 peratus.
Menerusi penubuhan sekolah pergigian ke-12 yang bakal diluluskan oleh kementeriannya, jumlah graduan pergigian dijangka bertambah sekitar 665 orang setahun menjelang 2017 berbanding kira-kira 200 orang pada tahun lalu, katanya.
Beliau berkata sehubungan itu, kementerian tersebut akan berusaha untuk memenuhi keperluan pakar dan pengajar pergigian yang berkelayakan dan berpengalaman.-BERNAMA