Wednesday, November 25, 2009

no 6 : DENTAL TEACHING CENTRE?!......


ahah
"apakah itu dental teaching centre?"
           
ada jawab,
"pusat cabut gigi la tue"
xkanla stakat cabut gigi jep kot.

ada lagi jawab,
"tmpat senior i***** klinikal" -maklum sajer la 
siapa  gerangan empunya menjawap nih yer *wink2*
betol sgt tuh tp bkn dier ajer keyh...senior dentist laen pom ade...

so,apakah itu sbenanye "DENTAL TEACHING CENTRE?!"


saya nak kamu PAKU kemas  lam kepala - inilah tmpat KLINIKAL kiter sumer...
hakhak,,ada gaya hilal x?! 
Buat 'dentistians' MEP09 TERBILANG....insyaallah, ini lah tmpat kamu bakal melalui
real life as a dentist..
tmpat yg menjadi saksi utama bg first step kite as a dentist...
x bangga ke?
-tlg ar jwp banggeeee-
  
sdikit pgnalan sal tmpat ni ek...
  • lokasi nye betoi2 dpn stadium medina hasan.. 
  • dalam satu pagar yg sama ngam markaz sihhi.
  • blakang uni yarmouk.
xyah naek teksi pom,,bazir jep...lau dr sakan kuning ni,masuk uni
yarmouk kut bab iktisod waba'din ruh dughri.lastly,,jumpe 
satu bab yg nameapentah.kluar dr situ dan belok kiri...
insyallah jalan skit dan jumpalah beliau....

prosedur lak....
kompem bukan mcm  malaysia tcinta dan menyerabutkan... 
                  

                        1.amek no giliran...
                              pagi kul 8.00 am,,ptg kul 1.00 pm  

                         2.masuk cHeCk lam blik ITU..

bagi yg tara pape probs,,ley blek dan bergumbira..
bagi yg ada,akn direfer kpd jabatan2 tertentu di tingkat atas..

                        3.make an appointment-hnya ntok yg ada probs..

camtulah prosedurnye scr general..
lau proses no 1 tu agak lame,,jgn mare yer.
"bersabarlah kamu dgn secantik-cantik kesabaran"
sbbnyer student yg buat pahtu knenye plopx present kat dukturah....
x ke bapak lamer jadinya...
                              
                  "leceh ar tunggu lame2"

lau camtu,,masuk jep emergency...
kne bayar 1.5 jd.murah aja cik adek mannes....

                     nak SCALING?
                     nak ROOT CANAL TREATMENT?
 boley sangat2... tp satu jep xde
WAT PENDAKAP GIGI...


jadi,,sbg khulasahnyer......
AYUH RAMAI2 G CHECK GIGI!!!!   

*****

beautifully written by (nak prasan kjap jep)  
 SHENA 

Wednesday, November 11, 2009

no 5 : download. upload. sideload?

bismillah.

terkejut ke? jangan. eh. sori tukar template.
sebab template comel tu tak boleh nak letak kotak-kongsi2-fail untuk kegunaan ramai.
jadi, template ni pun o.k lah, ek?



berikutan dengan itu, para bakal-doktor-gigi ..
moh pakat ramai2 dapatkan nota2 segar bagi setiap subjek yang bakal di-upload secara
beransur-ansur..pada kotak sebelah ni.
sonong kojo eh jang , cari downscroll pada kotak-kongsi2-fail kat sebelah ni,
kemudian cari butang 'download' dan klik!



adapun sekiranya wujud insan2 bermurah hati yang punya nota2 menarik untuk dikongsi,
sila lah rajinkan diri meng-upload pula ke kotak-kongsi2-fail ni. cara?
kalau dia minta Log In - masukkan nama belog ni. kalau minta Kata Laluan - katalaluan yang sama digunakan untuk log in blogger.com.
ada masalah? buleh buzz kita~
ada permintaan nota @ kertas peperiksaan lepas2 ?
sila reply post ini, atau emel kita.

adios.


********************************



'the one who kneels to Allah, can stand everything'

Tuesday, November 10, 2009

Friday, November 6, 2009

n0 3 : <-- err camni ke kene buat tajok?

"..amek pergigian je? oh ingatkan medic.."



dulu-dulu aku pon x terlepas dari mempunyai menteliti macam neh. tapi bile da sampai Jordan. dah jumpe kakak2 senior dentist. baru laa........



"oh. kakak2 amek dentist pon nampak tension mcm kakak2 medic kan kan??"


"kakak2 neh pon kedut2 gak kan time exam een? ingatkan kakak medic je.."


"apeeee?? dentist pon amek fiziiikk jugaaakk time sem 1??"



haa. amek ko. saaapeee kate amek dentistry neh senang. ok la, maybe nampak macam keje dentist neh takat main dengan taik2 gigi je. TAPI. oh sesungguhnye bidang kerja dentist ini melibatkan kepala, salah satu anggota yang tanpanya anda tidak boleh hidup. so, jangan main main wokeh.

hakikatnyee, ape2 kerje kat dunie neh, takde yang senang. sume susah. tepulang kat diri kite, nak accept the challenge or just give up before masok medan perang. so adek2 sume, mari la kite berjuang dalam bidang perGIGIan ini sehingge berjaya! cewaah~

sebenanye, dalam hati ingin ku ucapkan..

GOOD LUCK exam chemistry 

kepade sume rakan2 yang bakal amek exam esok. :) ntah macam mane bole melalut sampai camni skali.
'aasifeeh~





JOM STUDI! chaiyookk! syantoh2 hoyehh~ haha. sesat.

bittaufeeq wannajah~

salam zzz...


jangan tension2 okeeh! ^.^

Thursday, November 5, 2009

no.2 : kakiku di tanah, jari-jemariku di celahan dua baris gigi


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

mencuri masa seketika di celahan malam, waktu tangan dibekukan oleh cuaca tatkala memegang tetikus, mencoret sesuatu untuk mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan seperbarisan (erk...ea ke?) untuk mengingati kembali saat-saat apabila kta membaca "Tahniah! Anda telah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang PERGIGIAN di TIMUR TENGAH" serta menerima sepucuk surat "Program Intensif Timur Tengah" atau mungkin kata-kata daripada ibu atau ayah tercinta "Kamu nak belajar di luar negara? Mak / Ayah boleh usahakan.".
Masih ingatkah lagi guru-guru tersayang di INTEC yang sangat menghangatkan waktu-waktu yang berjalan dengan ilmu serta kenangan yang insyaAllah tidak dapat dipadam dari memori bersama. Masih ingatkah lagi wajah-wajah yang mengiringi langkah kte semua di lapangan terbang. Wajah ibu, ayah, adik-beradik, semua yang wujud, wakil pihak penaja serta rakyat Malaysia (yg terpinga-pinga xtahu apa di lapangan terbang).

Namun, sejujurnya, tiada apa lagi yang dapat menguatkan tekad dan semangat kte semua di sini kalau bukan pergantungan kepada Allah SWT serta kebersamaan kte semua. Percayalah bahawa jemaah itu lebih kuat berbanding satu jika kita memahami tujuan & halatuju perjuangan kte semua. Hadith Rasulullah (ara sebutkan mafhumnya di sini kerana kurang pasti dengan matannya) ada menyebut bahawa serigala itu memakan kambing yang bersendirian.

akhir tinta, tiada sebatang gigi yang dapat mencarik secebis makanan melainkan bersama dgn gigi-gigi yg lain.

waAllah a3lam

no 1: welcome. ATTENTION,plis !

bismillah.


Go to fullsize image


apa khabar semua? harap2 مليحة selalu :D
sebelum segala pertanyaan korang tentang blog yang chumel ini, ahlan wasahlan diucapkan kepada para dentist-to-be! selamat datang juga kepada doctors-to-be, engineer- , atau hanya surirumah-to-be sekalipun. semua pekerjaan mulia, inshaallah , selagi kita jadikan semua kerja kita dalam niat untuk membina agamaNya ;)




Okeh. Jom kita mulakan apa yang patut dimulakan.


Apa yang korang nak tahu tentang blog ini?
1- "kenapa la susah2 buat blog ni?"
2- "siapa yang bertanggungjawab dengan blog ini?"
3- "camne nak post apa2 kat blog ni?"




Soalan 1 dan respon saya~
Untuk menjawab soalan pertama, rasanya lebih baik kalau kita mulakan dengan satu pemerhatian. Oleh sebab saya ini adalah salah seorang blogger-walking, jadi sekali sekala saya pernah lah juga google kan blog kalau2 ada dentist yang rajin membelog, memandangkan saya memikirkan masa depan saya sebagai seorang dentist dan perlukan tunjuk ajar secara langsung ataupun tak langsung. Jalan punya jalan, tengok tengok.. secara officially tak banyak lagi para doktor gigi yang menceritakan pengalamannya dengan terperinci dalam blog, melainkan seketul dua, seperti si dia ini dan beberapa belog lain yang secara tak sengaja menceritakan kehidupan harian dia sebagai seorang doktor gigi. Saya pernah terbaca blog perjalanan seorang doktor bermula perjalanan dia semasa belajar sehingga lah dia dah H.O, dan saya rasakan idea beliau itu tersangat lah menarik untuk diciplak lalu digunakan untuk manfaat kita bersama.


Sebenarnya bukan untuk manfaat kita sahaja, tapi khususnya untuk generasi akan datang. Kalau boleh, nak lah belog kita bersama ini dijadikan panduan generasi baru yang baru nak kenal dunia DOKTOR PERGIGIAN.


Saya tak nak generasi akan datang menempuhi dunia yang bakal diorang lalu sebagai seorang doktor gigi, dalam keadaan tak tahu dan tidak boleh mengagak apa yang bakal diorang hadapi. Cukuplah kita-kita je yang merasakan pengalaman macam ni. Siapa tahu kalau2 koleksi pengalaman hidup kita ni, akan jadi contoh untuk orang lain. Mana tahu, mungkin kat sini lah tercoret semua yang manis dan menjadi saksi sebermula kita semua bergelar PELAJAR PERGIGIAN di satu universiti di Jordan, JUST. kan?


Boleh lah cerita - cerita kan perasaan pertama masuk dewan exam, tips2 belajar, macamana kehidupan universiti sini, gelagat manusia sekeliling, atau pun.. berkongsi Peringatan untuk kita sama2 share. الدين نصيحة , ingat lagi?


Esok2 bila kita dah tua, boleh lah tunjuk kat anak cucu .. rupa2nya dah maju generasi nenek mereka. Heh. Esok2, benda ini boleh menjadi rekod, rekod yang best+baik2 belaka.
Esok2, boleh lah buat domain sendiri [harap2nya. orang kata berangan pun doa] apa? www.antitahigigi.com? ke...  www.kamidangigi.com? huh.


Go to fullsize image


Soalan 2, mudah je.
Yang bertanggungjawab uruskan belog ini, semua yang tertera nama dalam ini .




tak tahu jawapan Soalan no 3?
Betul2 tak pernah terlibat dengan dunia blogging ke? Jangan cepat menyerah klah untuk belajar benda baru ! Acu tera nimsss [a.k.a cuba lah yang berikut] :-


Sign in di www.blogger.com dengan email dan password yang dah di pass2kan.
Klik 'New Post' dan tulislah sesuka hati dan buah pinggang anda, asalkan masih menjaga tata maruah diri dan agama, tidak terlupa bangsa dan negara. Oh ya. Ada orang ingatkan untuk letakkan format penulisan dalam post anda. Cuma tuliskan nama anda ataupun nama manis  timangan anda yang kitorang kenal lepas habis satu2 post pada ruangan 'Labels'. Supaya tak terkeliru dan ada lah yang bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis, yep? Juga, diingatkan tak tulis post dengan SINKOF yang terlalu banyak, kerana runsing ramai yang tidak memahami. Tapi sesungguhnya itu tak lah bermakna ayat anda harus skema [seperti ayat saya ni] , ya'ni.....[sambil memusing2kan tangan]


Kemungkinan dan dah pasti, akan banyak program bersama yang akan kita lalui dan macamana pulak kalau semua orang nak post? Ha. jangan kalut.
Siapa yang post tercepat, maka dia punya lah yang akan tersiar. Itu je lah.
Rajin-rajin lah melawat belog ini. Nak jadi Followers? itu memang terbaek! heh.
Siapa2 yang rasa ada bakat untuk menulis, sangat lah dijemput untuk menge-pos eh? Agak2 kalau takde bakat tu, boleh cuba (-*,)


Semoga belog ini akan berterusan sampai masa kita semua H.O atau pun sampai kita semua dah betul2 jadi doktor gigi!


selamat menekan keyboard dan meluahkan rasa, ilmu dan pengalaman.
adios~

Wednesday, November 4, 2009

KISAH KAMI

KAMI lah bakal pencabot-cabot gigi berkaliber. kami lah.....





HUSNA A`LYA  -  husna






NUR LIYANA  -  cipot






AINAA NADIA  -  enna






NOR SHARINA  -  shenna






NURUL AFIQAH  -  pika






NOR FARAHIN  -  paien






AINAA SYAHIRAH  - aina






NURASYIKIN  -  cikin






FATIN NOOR EZZATI  -  aten ganu






ADALIA AIN  -  ain






AMIRAH LABIBAH  -  bibot






ROSHALIYANA  -  sha






NAJWA AIMAN  -  wawa






QURRATU 'AINI  -  aini






SITI NORHAKIMAH  -  kima






NUR NUHA  -  nuha






MARYAM JAMEELAH  -  yam






HANISAH  -  nisah






NURUL KAUTHAR  -  kauther






NABILAH  -  kak bee






FARAH HANISAH -  farah






NUR ATIQAH  -  tiqa






SITI FATIMAH  -  teem kisassss




ZILLE ZAHRA - ZZ




NUR AISYAH - AISYAH KZ





DISINI LAH KISAH KAMI DAN GIGI BERMULA