apa khabar semua? harap2 مليحة selalu :D
sebelum segala pertanyaan korang tentang blog yang chumel ini, ahlan wasahlan diucapkan kepada para dentist-to-be! selamat datang juga kepada doctors-to-be, engineer- , atau hanya surirumah-to-be sekalipun. semua pekerjaan mulia, inshaallah , selagi kita jadikan semua kerja kita dalam niat untuk membina agamaNya ;)
Okeh. Jom kita mulakan apa yang patut dimulakan.
Apa yang korang nak tahu tentang blog ini?
1- "kenapa la susah2 buat blog ni?"
2- "siapa yang bertanggungjawab dengan blog ini?"
3- "camne nak post apa2 kat blog ni?"
Soalan 1 dan respon saya~
Untuk menjawab soalan pertama, rasanya lebih baik kalau kita mulakan dengan satu pemerhatian. Oleh sebab saya ini adalah salah seorang blogger-walking, jadi sekali sekala saya pernah lah juga google kan blog kalau2 ada dentist yang rajin membelog, memandangkan saya memikirkan masa depan saya sebagai seorang dentist dan perlukan tunjuk ajar secara langsung ataupun tak langsung. Jalan punya jalan, tengok tengok.. secara officially tak banyak lagi para doktor gigi yang menceritakan pengalamannya dengan terperinci dalam blog, melainkan seketul dua, seperti si dia ini dan beberapa belog lain yang secara tak sengaja menceritakan kehidupan harian dia sebagai seorang doktor gigi. Saya pernah terbaca blog perjalanan seorang doktor bermula perjalanan dia semasa belajar sehingga lah dia dah H.O, dan saya rasakan idea beliau itu tersangat lah menarik untuk diciplak lalu digunakan untuk manfaat kita bersama.
Sebenarnya bukan untuk manfaat kita sahaja, tapi khususnya untuk generasi akan datang. Kalau boleh, nak lah belog kita bersama ini dijadikan panduan generasi baru yang baru nak kenal dunia DOKTOR PERGIGIAN.
Saya tak nak generasi akan datang menempuhi dunia yang bakal diorang lalu sebagai seorang doktor gigi, dalam keadaan tak tahu dan tidak boleh mengagak apa yang bakal diorang hadapi. Cukuplah kita-kita je yang merasakan pengalaman macam ni. Siapa tahu kalau2 koleksi pengalaman hidup kita ni, akan jadi contoh untuk orang lain. Mana tahu, mungkin kat sini lah tercoret semua yang manis dan menjadi saksi sebermula kita semua bergelar PELAJAR PERGIGIAN di satu universiti di Jordan, JUST. kan?
Boleh lah cerita - cerita kan perasaan pertama masuk dewan exam, tips2 belajar, macamana kehidupan universiti sini, gelagat manusia sekeliling, atau pun.. berkongsi Peringatan untuk kita sama2 share. الدين نصيحة , ingat lagi?
Esok2 bila kita dah tua, boleh lah tunjuk kat anak cucu .. rupa2nya dah maju generasi nenek mereka. Heh. Esok2, benda ini boleh menjadi rekod, rekod yang best+baik2 belaka.
Esok2, boleh lah buat domain sendiri [harap2nya. orang kata berangan pun doa] apa? www.antitahigigi.com? ke... www.kamidangigi.com? huh.
Soalan 2, mudah je.
Yang bertanggungjawab uruskan belog ini, semua yang tertera nama dalam ini .
tak tahu jawapan Soalan no 3?
Betul2 tak pernah terlibat dengan dunia blogging ke? Jangan cepat menyerah klah untuk belajar benda baru ! Acu tera nimsss [a.k.a cuba lah yang berikut] :-
Sign in di www.blogger.com dengan email dan password yang dah di pass2kan.
Klik 'New Post' dan tulislah sesuka hati dan buah pinggang anda, asalkan masih menjaga tata maruah diri dan agama, tidak terlupa bangsa dan negara. Oh ya. Ada orang ingatkan untuk letakkan format penulisan dalam post anda. Cuma tuliskan nama anda ataupun nama manis timangan anda yang kitorang kenal lepas habis satu2 post pada ruangan 'Labels'. Supaya tak terkeliru dan ada lah yang bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis, yep? Juga, diingatkan tak tulis post dengan SINKOF yang terlalu banyak, kerana runsing ramai yang tidak memahami. Tapi sesungguhnya itu tak lah bermakna ayat anda harus skema [seperti ayat saya ni] , ya'ni.....[sambil memusing2kan tangan]
Kemungkinan dan dah pasti, akan banyak program bersama yang akan kita lalui dan macamana pulak kalau semua orang nak post? Ha. jangan kalut.
Siapa yang post tercepat, maka dia punya lah yang akan tersiar. Itu je lah.
Rajin-rajin lah melawat belog ini. Nak jadi Followers? itu memang terbaek! heh.
Siapa2 yang rasa ada bakat untuk menulis, sangat lah dijemput untuk menge-pos eh? Agak2 kalau takde bakat tu, boleh cuba (-*,)
Semoga belog ini akan berterusan sampai masa kita semua H.O atau pun sampai kita semua dah betul2 jadi doktor gigi!
selamat menekan keyboard dan meluahkan rasa, ilmu dan pengalaman.
adios~
No comments:
Post a Comment