Saturday, July 31, 2010

1st sem 2nd yr

salam alaik
fyi, tarikh tasjil : 4/8
2nd year's subjects

sumber : smiley group fb
bittaufiq

ilmu psiko : obedience to authority

bismillah.mari kita berbicara mengenai psikologi.love phsyco!

buka mata luas luas.manusia mempunyai pemikiran yang lebih kurang sama sebenarnya.berikut merupakan kajian yang dibuat oleh saintis saintis barat.negara apa entah.berkenaan:
obedience to authority 

ada je dalam utube tu,klik Milgram Experiment.bolehlah nak tengok,tapi saya akan buat ringkasan eksperimen tu memandangkan korang kompem kompem malas nak tengok.isk.

mula.
seorang lelaki berpangkat saintis memanggil seorang manusia.lalu diterangkan bahawa ujikaji kali ini adalah untuk menguji tahap IQ.beberapa soalan akan diberikan.kalau orang tu(kita namakan sebagai orang A) jawab betul takpelah.tapi kalau salah,diorang wajib naikkan voltage satu alat,di mana alat tersebut boeh dinaik turunkan nilai voltagenya.alat tu juga akan dipasangkan pada orang lain(kita namakan sebagai orang B).orang B ni akan duduk dekat depan orang yang jawab soalan,cumanya tak nampak siapa.hanya akan dengar suara.

sebelum ujikaji berjalan,orang A disuruh try rasa voltage paling rendah pada tangan.ouch,sangat sakit.oke fine,mereka pun setuju je,lalu ujikaji berjalan.

dari satu soalan ke satu soalan,dah banyak yang salah jawab..means sudah berkali kali voltage alat dinaikkan.juga bermaksud sudah berkali kali orang B menjerit kesakitan akibat elektrik yang dilekatkan pada tangan mereka sudah tinggi.sampai satu tahap orang B berkata,cukuplah tu,let me out!(lebih kurang cenggitu)

orang A memang dah lama rasa bersalah.setiap kali dengar orang B terjerit jerit dia rasa tak sampai hati nak teruskan.orang A berkata pada saintis yang sedang memerhati.

"saya rasa dia sakit sangat la"
"takpe,awak teruskan je"
"tapi awak betulke dia takkan apa apa?saya ngeri dengar"
"teruskan jela,takpe dia akan oke"

sambung lagi.makin banyak soalan yang salah dijawab.jeritan B semakin kuat.muka A sudah lain macam.rasa kesian itu bersarang dari tadi tapi didiamkan sahaja.akhirnya A bersungguh untuk quit ujikaji tu dan tak mahu jawab lagi dah soalan.saintis angguk dan benarkan.A berlalu keluar.saintis melihat alat elektrik itu.alat itu sudah dinaikkan 11 kali,catat ke dalam rekod.ujian dijalankan lagi,kali ni pada orang lain pula.data yang dihasilkan adalah lebih kurang sama.9 10 atau 11 kali alat itu dinaikkan.

hipotesis mereka berjaya.manusia kebanyakannya cenderung untuk membelakangkan their common sense apabila berhadapan dengan seseorang yang mempunyai kuasa.kalau tidak,pasti pada jeritan B yang pertama lagi A akan minta untuk tidak teruskan ujikaji tu.sebenarnya dari awal lagi ujikaji ni tak masuk akal sebab menyiksa orang B,kan kan.tapi dikaburkan atas nama sebuah ujikaji. well,inilah ujikaji yang cuba dikaji.
hek3. jangan pening.

inilah dinamakan obedience to authority! pernah rasa perasaan ini? perasaan yang korang rasa 'oh,ini tidak patut' tapi korang still ikut memandangkan dia ada kuasa.lalu,rasa itu dibiarkan bagai angin lalu.jadilah kamu seperti robot yang tak ada nilai.

semoga hari hari mendatang dilalui dengan penuh common sense.jangan biarkan makhluk berkuasa itu menutup deria kita.be sensible!be so true of u.

:) kalau rasa tak faham,tanya ye.mana tahu ada salah eja ke apa ke.oke,boi.

Wednesday, July 28, 2010

jadi macam pensil

video

jadi macam pensil
kecil yang gagah

sebab saya sayang kamu
jangan malas malas lagi
ye?

kalau saya malas,
bagi senduk kayu
ye?

kalau saya pensil
kamu jadi pemadam
boleh?

:)

Friday, July 23, 2010

Gosok jangan tak Gosok

bismillah. enjoy watching this :




****

mari ber-ihsan dengan akademik kita.
ihsan - yakni; buat sesuatu yang baik dengan cara yang terbaik.



belajar ilmu gigi sungguh - sungguh ! 
bittaufeeq semua untuk exam ITD ahad ini, dan biochemistry lab minggu depan.


*tiba2 rasa dentist sume kena belajar ilmu psikologi kanak-kanak.
senang sket nak handle kalau derang jadi patient nanti*

dan jangan lupa, "bulat bulat bulat" !

Friday, July 16, 2010

Biochemistry.





Minta maaf. ini ja yang dapat dibantu. 
harap dapat membantu.

good luck!

Thursday, July 15, 2010

Tuesdays with Morrie, by Mitch Albom.



dah baca poster. ape lagi.
moh ramaikan AGM PERMAI 2010 !

kita ada hak pada pemimpin kita,
dan mereka pun ada hak pada kita.


p/s : sori. tajuk 'ADA' kaitan dengan isi. rajin-rajin kalau lapang, banyakkan membaca. buku dicadang seperti tajuk post ini. kalau suka islamik sikit, Enjoy Your Life by Dr. Muhammad Abdul Rahman Al-'Arifi. sekian.
semoga hidup seorang doktor gigi lebih bermakna.

Wednesday, July 14, 2010

FYDS : first year dental student.

hari ini hari baru aku. hari dalam sejarah, aku masuk kelas Introduction to Dentistry. fuuh. baru terasa gah macam pelajar Pergigian. selama ni, rasa down saja kalau orang tanya aku,

"course apa?"
"dentistry." segan-segan saja aku jawab.

tak macho-lah rasa.

***

lambat-lambat budak-budak dentist ni masuk lecture hall. dah terpaku doktor tunggu kat depan tu, senyap setia berdiri. nak budak-budak ni senyap dulu gamaknya baru nak mula syarah.

"dentistry has a long and fascinating history. job of a dentist is a very old profession. 100'000 B.C was the time when human had to contend with impacted teeth, the retention of deciduous teeth, caries, fractures and rickets...."

Doktor M. Hammad memulakan lecture.

"OMG ! betul ke aku akan jadi doktor gigi ni?" rasa macam tak caya je.

semangat Dr. bercerita - tentang zaman Mesir Purba dulu dah ada pekerjaan dentist dan teknik pakai gigi palsu. tentang Hippocrates dan Aristotle pun turut menulis; rawatan gigi dan penyakitnya. tentang orang dulu-dulu ada yang ukir gigi dengan macam-macam bentuk untuk tujuan kecantikan.  tentang dalam Kod Hammurabi ada sebut; siapa yang patahkan gigi orang lain, gigi dia akan dipatahkan.

'whoa. Hammurabi nih macam ada ayat dalam alQuran. surah al-Maaidah.'

sesekali menguap. kantuk-lah.
panjang kisah sejarah pergigian ni. ingat tak sanggup jugak nak dengar lama-lama lecture Dr.

selak-selak lecture notes. mana lah tahu ada info best, buat hilangkan kantuk.




***

the end. saja tak nak habiskan cerita, mencoret cuma untuk dijadikan kenangan.
p/s : amacam? best ending? haha.
p/s II : ada rasa sikit motivasi nak jadi doktor gigi ?

Sunday, July 4, 2010

renungan untuk summer semester kita.

Assalamualaikum,


Setelah penat bercuti tatkala menunggu semester musim panas, akhirnya berjaya juga kita menjejaki ke stage yang seterusnya.


alhamdulillah.


Saya pasti ramai pihak yang berjaya memanfaatkan cuti masing masing dengan perancangan mantap yang dirancang sebelum cuti lagi.


harap harap yang baru balik dari Umrah tu. ada doakan untuk kejayaan sahabat sahabat lain yang belum ada peluang untuk pergi lagi.


moga moga. 


................

tak semua orang suka bila kelas bermula. dan tak semua orang tak suka bila kelas bermula. lain orang lain kesukaan. Namun yang lebih penting lagi, suka tak suka. kelas tetap akan bermula. pergi tak pergi. semuanya bergantung dekat diri sendiri. 

efeknya? sendiri boleh fikir.

Sebagai salah seorang pejuang mahasiswa pergigian di bumi Syams ini, ingin saya kongsikan beberapa perkara untuk sama sama kita renung sebelum kita mulakan fasal baru kita ni dengan heaven sekali.

pasal semester lepas, kita minta lupakan sebentar. walaupun mungkin ada luka yang tercalit sedikit. tapi tak mengapa. jangan biarkan luka terus merebak dengan berduka. orang beriman sepatutnya sentiasa ceria.

............

antara perkara yang perlu dimuhasabahkan bersama sama:-

1. Niat.

dalam apa apa hal pun. niat ni tersangat lah betul. rasanya semua pun dah tahu yang nabi kita ada cakap pasal ini. kalau kita niat lain, memang lain la yang kita dapat. sekiranya selama ini kita pergi kelas semata mata nak tengok, jenguk si dia. namun, cuba pastikan semester kali ini kita dapat renew niat kita. yang dah set niat kerana Allah Taala tu pun. kena rajin rajin update niat tiap tiap masa. maklumlah lah, hati kita ni berdolak dalik. tak tetap. anytime je boleh berubah. sebab tu result turun naik.

2. Kehadiran.

Isu ini memang sentiasa hangat sepanjang masa bila kelas bermula. ini  bergantung kepada individu. kalau betul lah individu tu nak berjaya. rasanya dia akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi setiap kehadiran. dan bukan semata mata nak memenuhi buku attendance. cuba singkirkan segala alasan untuk tidak hadir ke kelas seperti. bangun lambat. penat. sibuk buat kerja. sibuk dengan PERMAI or wut so eva. kalau tak dapat hadir kelas sebab alasan alasan berikut, jangan buang masa lagi. cari kelas lain yang dapat ditumpang.
memang masalah besar kalau kita datang kelas berniatkan untuk memenuhi attendance sahaja tanpa diniatkan untuk menuntut ilmu semata mata kerana Allah Taala.betul tak?

3. Lecturer

memang betul. bila belajar oversea ni memang susah untuk lecture kenal kita. lebih lebih lagi student begitu la ramai. tambahan pula, kita hanya lah pelajar melayu yang bernisbahkan minoriti. Sesetengah orang jadi tak semangat belajar sebab lecturer tak kenal diri mereka. yela tak macam sekolah dulu. satu bilik guru kenal dia. Namun, situasi sekarang berubah. jadi kita pun kena berubah. memang susah untuk menjadikan lecturer mengenali diri kita. cukuplah sekadar kita berusaha mengenali lecturer kita walaupun kita tak sebangsa dan sebahasa. Namun, insyaAllah keberkatan itu masih ada. Ayuh mari kita sama sama hentikan sesi kutuk mengkutuk lecturer kita. walaupun bila kita datang bumi arab ni, budaya menghormati guru itu macam takda. Tapi ketahuilah, dalam Islam itu sendiri sebenarnya mengutamakan adab menuntut ilmu. dalam erti kata lebih spesifik, menghormati guru yang mencurahkan ilmu. tak kisah lah lecturer kita itu entah papa ke. speaking arab ke. macam racist ke apa. yang penting kita tak da usaha nak mengata dia. walaupun dia tak faham. tapi cuba ingat ingat balik, Allah sentiasa lihat apa yang kita buat. Jadi, jangan salahkan lecturer kalau result kita tak seberapa sebab duk asik complain ja tanpa usaha.

4.  Ulangkaji

Ini benda kecil. tanpa sekecil kecil benda ni lah kita selalu abaikan. sebab apa? sebab kita mudah leka. dengan benda yang tak sepatutnya kita tumpukan. tak semua orang boleh ulangkaji senang senang macam sesetengah orang lain boleh buat secara berjam jam tempohnya. Ulangkaji atau lebih dikenali sebagai study ini memerlukan semangat yang waja untuk terus membara untuk pastikan kita terus mendisiplinkan diri untuk terus study. memang betul dan tidak tipu kalau kita study, tapi kadang kadang study kita itu terlalu sikit kalau nak dibandingkan dengan waktu kita online, main bola, masak masak, tengok movie, pergi Amman dan macam macam lagi. macam pula sponsor kita hantar sini semata mata untuk buat semua benda tu selain belajar. study memang boring. tapi tak boring bila ada semangat. semangat dapat dibentuk dalam keadaan kelompok. iaitu secara beramai ramai. memang susah kalau nak survive semangat study seorang seorang. sebab kebarangkalian untuk tidak istiqamah itu agak tinggi bila dilakukan berseorangan. jadi jangan takut untuk 'mengerah' housmate masing masing untuk rajin study. tak rugi apa pun.

5.   Rajin.

semua orang lebih senang cakap 'malaslah' berbanding 'rajinlah' apabila diminta untuk lakukan sesuatu. Secara saintifiknya, benda benda ni sebenarnya sangat mempengaruhi daya pemikiran kita. kalau asik cakap malas sahaja, memang lah kita jadi malas. cuba kita sentiasa yakinkan diri kita ni yang kita ni rajin. sebab kalau diri ni malas, memang semua benda dekat dunia ni kita tak dapat. jangan asik komplain sahaja diri itu malas. tapi satu tindakan pun tak dibuat sedangkan sedar diri itu malas. actions speak louder than words.

6.  dugaan pandangan.

Ini sebenarnya peringatan khususnya untuk bahagian lelaki. sebab apabila datang musim soifi ini, dugaan pandangan lebih kepada kaum adam. faham faham sahaja lah apa yang berlaku. memang sukar untuk mengatasi masalah seperti ini. ia melibatkan tahap keimanan kita. kalau iman kita tebal, insyaAllah kita takut untuk tengok benda benda yang tak patut kita tengok. kalau nipis, memang senang sahaja kita untuk mengerling setiap gadis arab di Jamiah tanpa rasa segan silu dan bersalah pun. kalau betullah solat kita diangkat disisi Allah, tentu kita susah nak buat kemungkaran sebegini rupa bukan? sama sama muhsabah diri.harap harap kaum hawa Melayu  tidak terikut ikut dengan gadis gadis arab punya budaya kuning ini ya.



gambar hiasan

..........

tak banyak mana yang boleh saya kongsikan sebab cuma saya rasa ini sahajalah yang dapat saya lintaskan dalam pemikiran saya sementara waktu ini.

peringatan yang dinyatakan ini bukanlah untuk menuding jari ke mana mana pihak. tapi cukup lah sekadar menuding jari ke diri sendiri bagi dijadikan renungan bersama.

minta maaflah ya kalau macam entah papa. harap harap dapat memberi manfaat kepada semua.

Segala Puji bagi Allah yang telah memberi ilham untuk menulis.

jangan takut takut untuk tambah apa yang kurang sebagai perkongsian bersama!

sekian.