Sunday, July 4, 2010

renungan untuk summer semester kita.

Assalamualaikum,


Setelah penat bercuti tatkala menunggu semester musim panas, akhirnya berjaya juga kita menjejaki ke stage yang seterusnya.


alhamdulillah.


Saya pasti ramai pihak yang berjaya memanfaatkan cuti masing masing dengan perancangan mantap yang dirancang sebelum cuti lagi.


harap harap yang baru balik dari Umrah tu. ada doakan untuk kejayaan sahabat sahabat lain yang belum ada peluang untuk pergi lagi.


moga moga. 


................

tak semua orang suka bila kelas bermula. dan tak semua orang tak suka bila kelas bermula. lain orang lain kesukaan. Namun yang lebih penting lagi, suka tak suka. kelas tetap akan bermula. pergi tak pergi. semuanya bergantung dekat diri sendiri. 

efeknya? sendiri boleh fikir.

Sebagai salah seorang pejuang mahasiswa pergigian di bumi Syams ini, ingin saya kongsikan beberapa perkara untuk sama sama kita renung sebelum kita mulakan fasal baru kita ni dengan heaven sekali.

pasal semester lepas, kita minta lupakan sebentar. walaupun mungkin ada luka yang tercalit sedikit. tapi tak mengapa. jangan biarkan luka terus merebak dengan berduka. orang beriman sepatutnya sentiasa ceria.

............

antara perkara yang perlu dimuhasabahkan bersama sama:-

1. Niat.

dalam apa apa hal pun. niat ni tersangat lah betul. rasanya semua pun dah tahu yang nabi kita ada cakap pasal ini. kalau kita niat lain, memang lain la yang kita dapat. sekiranya selama ini kita pergi kelas semata mata nak tengok, jenguk si dia. namun, cuba pastikan semester kali ini kita dapat renew niat kita. yang dah set niat kerana Allah Taala tu pun. kena rajin rajin update niat tiap tiap masa. maklumlah lah, hati kita ni berdolak dalik. tak tetap. anytime je boleh berubah. sebab tu result turun naik.

2. Kehadiran.

Isu ini memang sentiasa hangat sepanjang masa bila kelas bermula. ini  bergantung kepada individu. kalau betul lah individu tu nak berjaya. rasanya dia akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi setiap kehadiran. dan bukan semata mata nak memenuhi buku attendance. cuba singkirkan segala alasan untuk tidak hadir ke kelas seperti. bangun lambat. penat. sibuk buat kerja. sibuk dengan PERMAI or wut so eva. kalau tak dapat hadir kelas sebab alasan alasan berikut, jangan buang masa lagi. cari kelas lain yang dapat ditumpang.
memang masalah besar kalau kita datang kelas berniatkan untuk memenuhi attendance sahaja tanpa diniatkan untuk menuntut ilmu semata mata kerana Allah Taala.betul tak?

3. Lecturer

memang betul. bila belajar oversea ni memang susah untuk lecture kenal kita. lebih lebih lagi student begitu la ramai. tambahan pula, kita hanya lah pelajar melayu yang bernisbahkan minoriti. Sesetengah orang jadi tak semangat belajar sebab lecturer tak kenal diri mereka. yela tak macam sekolah dulu. satu bilik guru kenal dia. Namun, situasi sekarang berubah. jadi kita pun kena berubah. memang susah untuk menjadikan lecturer mengenali diri kita. cukuplah sekadar kita berusaha mengenali lecturer kita walaupun kita tak sebangsa dan sebahasa. Namun, insyaAllah keberkatan itu masih ada. Ayuh mari kita sama sama hentikan sesi kutuk mengkutuk lecturer kita. walaupun bila kita datang bumi arab ni, budaya menghormati guru itu macam takda. Tapi ketahuilah, dalam Islam itu sendiri sebenarnya mengutamakan adab menuntut ilmu. dalam erti kata lebih spesifik, menghormati guru yang mencurahkan ilmu. tak kisah lah lecturer kita itu entah papa ke. speaking arab ke. macam racist ke apa. yang penting kita tak da usaha nak mengata dia. walaupun dia tak faham. tapi cuba ingat ingat balik, Allah sentiasa lihat apa yang kita buat. Jadi, jangan salahkan lecturer kalau result kita tak seberapa sebab duk asik complain ja tanpa usaha.

4.  Ulangkaji

Ini benda kecil. tanpa sekecil kecil benda ni lah kita selalu abaikan. sebab apa? sebab kita mudah leka. dengan benda yang tak sepatutnya kita tumpukan. tak semua orang boleh ulangkaji senang senang macam sesetengah orang lain boleh buat secara berjam jam tempohnya. Ulangkaji atau lebih dikenali sebagai study ini memerlukan semangat yang waja untuk terus membara untuk pastikan kita terus mendisiplinkan diri untuk terus study. memang betul dan tidak tipu kalau kita study, tapi kadang kadang study kita itu terlalu sikit kalau nak dibandingkan dengan waktu kita online, main bola, masak masak, tengok movie, pergi Amman dan macam macam lagi. macam pula sponsor kita hantar sini semata mata untuk buat semua benda tu selain belajar. study memang boring. tapi tak boring bila ada semangat. semangat dapat dibentuk dalam keadaan kelompok. iaitu secara beramai ramai. memang susah kalau nak survive semangat study seorang seorang. sebab kebarangkalian untuk tidak istiqamah itu agak tinggi bila dilakukan berseorangan. jadi jangan takut untuk 'mengerah' housmate masing masing untuk rajin study. tak rugi apa pun.

5.   Rajin.

semua orang lebih senang cakap 'malaslah' berbanding 'rajinlah' apabila diminta untuk lakukan sesuatu. Secara saintifiknya, benda benda ni sebenarnya sangat mempengaruhi daya pemikiran kita. kalau asik cakap malas sahaja, memang lah kita jadi malas. cuba kita sentiasa yakinkan diri kita ni yang kita ni rajin. sebab kalau diri ni malas, memang semua benda dekat dunia ni kita tak dapat. jangan asik komplain sahaja diri itu malas. tapi satu tindakan pun tak dibuat sedangkan sedar diri itu malas. actions speak louder than words.

6.  dugaan pandangan.

Ini sebenarnya peringatan khususnya untuk bahagian lelaki. sebab apabila datang musim soifi ini, dugaan pandangan lebih kepada kaum adam. faham faham sahaja lah apa yang berlaku. memang sukar untuk mengatasi masalah seperti ini. ia melibatkan tahap keimanan kita. kalau iman kita tebal, insyaAllah kita takut untuk tengok benda benda yang tak patut kita tengok. kalau nipis, memang senang sahaja kita untuk mengerling setiap gadis arab di Jamiah tanpa rasa segan silu dan bersalah pun. kalau betullah solat kita diangkat disisi Allah, tentu kita susah nak buat kemungkaran sebegini rupa bukan? sama sama muhsabah diri.harap harap kaum hawa Melayu  tidak terikut ikut dengan gadis gadis arab punya budaya kuning ini ya.



gambar hiasan

..........

tak banyak mana yang boleh saya kongsikan sebab cuma saya rasa ini sahajalah yang dapat saya lintaskan dalam pemikiran saya sementara waktu ini.

peringatan yang dinyatakan ini bukanlah untuk menuding jari ke mana mana pihak. tapi cukup lah sekadar menuding jari ke diri sendiri bagi dijadikan renungan bersama.

minta maaflah ya kalau macam entah papa. harap harap dapat memberi manfaat kepada semua.

Segala Puji bagi Allah yang telah memberi ilham untuk menulis.

jangan takut takut untuk tambah apa yang kurang sebagai perkongsian bersama!

sekian.


7 comments:

-hazen said...

gambar hiasan memang bercahaya.

silau mata aku.

ni sebab brader paling depan tu.

Anonymous said...

:) time kasih atas peringatan :)

ara said...

~oh gambar hiasan kenang-kenangan....

~peringatan yg baik. mungkin ada yg kata tak perlu cakap pun dh tahu tapi lg ramai yg baru teringat.a small step toward a bigger sucess. thanks!

nur said...

dah tahu tapi selalu alpa.

Anonymous said...

cilake. kalau gua tahu gambar ni yang lu nak letak awal-awal lagi gua pakai jubah ada hut tu.

-berd.

budak agama said...

kalau ada blogger tidak best dlm gambar hiasan.
lagi bercahaya aku rasa..

qon said...

gua rasa ini bagus...brader depan mmg bersinar.