Wednesday, July 14, 2010

FYDS : first year dental student.

hari ini hari baru aku. hari dalam sejarah, aku masuk kelas Introduction to Dentistry. fuuh. baru terasa gah macam pelajar Pergigian. selama ni, rasa down saja kalau orang tanya aku,

"course apa?"
"dentistry." segan-segan saja aku jawab.

tak macho-lah rasa.

***

lambat-lambat budak-budak dentist ni masuk lecture hall. dah terpaku doktor tunggu kat depan tu, senyap setia berdiri. nak budak-budak ni senyap dulu gamaknya baru nak mula syarah.

"dentistry has a long and fascinating history. job of a dentist is a very old profession. 100'000 B.C was the time when human had to contend with impacted teeth, the retention of deciduous teeth, caries, fractures and rickets...."

Doktor M. Hammad memulakan lecture.

"OMG ! betul ke aku akan jadi doktor gigi ni?" rasa macam tak caya je.

semangat Dr. bercerita - tentang zaman Mesir Purba dulu dah ada pekerjaan dentist dan teknik pakai gigi palsu. tentang Hippocrates dan Aristotle pun turut menulis; rawatan gigi dan penyakitnya. tentang orang dulu-dulu ada yang ukir gigi dengan macam-macam bentuk untuk tujuan kecantikan.  tentang dalam Kod Hammurabi ada sebut; siapa yang patahkan gigi orang lain, gigi dia akan dipatahkan.

'whoa. Hammurabi nih macam ada ayat dalam alQuran. surah al-Maaidah.'

sesekali menguap. kantuk-lah.
panjang kisah sejarah pergigian ni. ingat tak sanggup jugak nak dengar lama-lama lecture Dr.

selak-selak lecture notes. mana lah tahu ada info best, buat hilangkan kantuk.




***

the end. saja tak nak habiskan cerita, mencoret cuma untuk dijadikan kenangan.
p/s : amacam? best ending? haha.
p/s II : ada rasa sikit motivasi nak jadi doktor gigi ?

6 comments:

W M Najib said...

disini saya ada dua pertanyaan.

1) siapa yang tulis post ni?

2) kantuk itu ialah kata akar mengantuk ya?

Akhyar said...

bangga gak ler.

-aMiR SYuKRi- said...

seriously x penah tau wujud perkataan 'kantuk' dlm bhsa melayu..thanx!! haha.. =)

Berd said...

kantuk tu maknanya nota biochem. boo

furqon said...

ini sapa tulis?

gua awal2 pon dah bangga..

akhrawat said...

saya tulis!