Thursday, October 14, 2010

anatomy : past years Question

"Mulut berbau dan sisa makanan yang berada pada gigi bukan sahaja memalukan, bahkan ia dilihat sebagai kurang bersih. Jadi pada kurun ke 6, Nabi Muhammad s.a.w telah menggosok gigi baginda dengan kayu sugi setiap kali sebelum solat.

Sebuah syarikat farmaseutikal Swiss, Pharba Basle Ltd, telah mengadakan kajian ke atas kayu sugi atau nama saintifik nya dipanggil 'Salvadora Persica' dan mereka telah menjumpai bahawa kayu sugi mempunyai bahan anti bakteria yang mampu membunuh kuman kuman berbahaya di dalam mulut yang berisiko menyebabkan jangkitan pada gusi dan gigi rosak.

Selain itu, beberapa lagi kajian persendirian telah dibuat di Universiti Riyadh di Saudi Arabia dan di Universiti Indiana USA, turut bersetuju dengan fakta kayu sugi yang dibuat bersiwak memiliki anti inflamasi dan antibiotik yang baik.

Kalau bukan kayu siwak yang berada di tangan, Muslim pada zaman itu akan mengambil serbuk kayu manis, buah pala, atau buah kapulaga lalu menikmatinya bersama daun ketumbar semata mata untuk mengelakkan mulut berbau [kerana aktiviti makan bawang besar dan bawang putih yang kerap dilakukan]. Di samping itu, keju goreng yang dijamah dengan minyak zaitun dan serbuk cengkih - juga dikatakan mampu menjadi penawar nafas berbau. "

-terjemahan teks dari buku Muslim Heritage In Our World, 1001 Inventions, Edisi Kedua- 


laman sesawang 1001inventions.com

Buku ini adalah inisiatif kecil muslim di Turki dalam memperkenalkan semula sejarah kegemilangan umat Islam satu masa dulu. Usaha penjualan buku ini sebenarnya adalah sisipan ole-ole dari sebuah pameran besar-besaran yang telah dijalankan bermula Jun 2010 sehingga kini di Istanbul - dikatakan mendapat pengiktirafan terbaik dari ilmuwan sains di UK serta daerah Eropah sana. Berikutan kejayaan pameran di Istanbul, insyaallah Disember 2010 pameran ini akan dibuka di New York pula =)

Mungkin kah kali ini Islam akan terpencar dari bumi Turki, melihatkan hasil sumbangan mereka sehebat ini - selepas mereka menerajui armada untuk membantu saudara kita di Palestin? jom contohi usaha mereka. layari www.1001inventions.com atau www.muslimheritage.com untuk maklumat lanjut.

***

memang suka lah kan menyimpang dari tajuk asal (-.-') cuma nak maklum kan, contoh soalan anatomy peperiksaan tahun lepas boleh didapati di Flash Widget Box - fail 2nd year anatomy. ada sikit je la. perlu rasanya untuk belek belek soalan anatomy yang lepas, sebelum masuk dewan peperiksaan nanti supaya tak terkejut sendirian dalam lab exam - bak nasihat tulus senior.


bittaufiq !

1 comment:

Anonymous said...

thenks!