Wednesday, December 29, 2010

susah lah!

Situasi I
Adik sedang khusyu' membelek-belek video lab anatomi, tiba-tiba datang seorang kakak.

kakak : oh. korang belajar anatomi satu badan? padahal nak jadi doktor gigi. akak dulu belajar anatomi kepala dan leher je.

adik : ye lah akak. susah lah belajar satu badan. banyak sangat nak kena ingat. akhirnya nanti bukannya ke mana pun. exam kitorang susah..

kakak : korang punya exam ada negative-marking ke? maksudnya, bila jawab soalan MCQ kalau salah nanti kena tolak markah.


adik : takde pulak negative-marking. kadang-kadang Duktur rajin bagi markah bonus lagi, ada lah.


**jom review. otot yang ditanda angka 7, apakah namanya?



Situasi  II

adik : cuak lah nak exam, ada ke patut jamiah bagi cuma setengah jam, untuk buat complete denture bahagian mandible.


kakak : hah? okey sangat lah tu. dulu kitorang kena buat complete denture untuk bahagian mandible dan maxillary dalam masa setengah jam, tau!

**complete denture ? tengok video di bawah :




***


-kita ini suka sangat merungut dengan kesusahan. tengok dan belajar perhati kesusahan yang lebih susah pada orang lain, baru fikir layak/tak layak asyik nak mengadu susah.

*insaf.

Tuesday, December 28, 2010

not finale

That is instructed to whoever should believe in Allah and the Last day. And whoever fears Allah - He will make for him a way out. And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent.(63: 2-3)



just keep on walking
khair, enshaAllah

exam,exam jugak



siapa yang suap kita bubur masa gigi belum tumbuh?[ade kaitan ngan gigi gak ape...]
siapa yang setiap hari keluar awal pagi demi menyekolahkan kita?
setiap hari jangan lupa doakan mereka.

semoga mak ayah kita semua dalam keadaan sihat sejahtera,dibawah rahmat Allah selalu. 
huks. =(

Sunday, December 26, 2010

info: implan gigi

Dr Firdaus Hanapiah
BDS(Otago) MSc(Lon.) FDSRCS(Eng.) Consultant Implantologist


Implan dibuat daripada titanium, boleh sebati dengan tulang dan berfungsi sebagai penambat gigi

PERNAHKAH anda terfikir untuk menanam gigi baru bagi menggantikan gigi yang rosak? Tidak kira sama ada kerosakan itu disebabkan kemalangan atau penyakit, inovasi bidang pergigian menjanjikan anda boleh memiliki senyuman menawan dengan susunan gigi yang sempurna.
Presiden Persatuan Pergigian Implan Malaysia, Dr Firdaus Hanapiah, berkata implan gigi bukanlah kaedah baru, sebaliknya ia sudah diperkenalkan sejak 1960an.
Beliau berkata, implan gigi bermaksud penggantian akar gigi tiruan dan ia dirintis oleh Prof Per-Ingvar Brånemark dari Sweden.


Katanya, Brånemark mendapati implan yang dibuat daripada titanium boleh sebati dengan tulang dan berfungsi sebagai penambat untuk gigi.


“Titanium yang bertindak sebagai implan dimasukkan ke dalam tulang gusi. Kini asas penciptaan Brånemark diperbaharui dan terdapat pelbagai jenis implan gigi yang boleh dipilih oleh pesakit,” katanya.




LUBANG implan selepas gigi dicabut (gambar kiri).
PROSES penanaman implan
Berbanding dengan alternatif rawatan pergigian yang lain, implan gigi lebih kuat dan lasak. Ia juga berfungsi hampir menyamai gigi asal. Oleh itu, ia adalah jawapan kepada masalah kehilangan gigi kekal.
Dr Firdaus berkata, implan bukan saja boleh dipasang secara sendiri tetapi ia juga digunakan sebagai sokongan kepada kaedah pergigian terdahulu seperti jejambat gigi (bridge) atau bertindak menambah kestabilan gigi.


Selain itu, katanya ia juga boleh berfungsi mengurangkan masalah tisu gusi.
“Ada beberapa jenis implan dan antara yang popular ialah implan menyerupai akar (root shape implant) dan implan satu keping (one piece implant),” katanya.

 

IMPLAN yang sudah ditanam, tetapi belum dipasangkan gigi
(gambar kiri). GIGI selepas proses implan.

Dr Firdaus berkata, implan gigi tidak sama dengan gigi palsu, sebaliknya, implan yang diperbuat daripada titanium bertindak sebagai akar kepada gigi yang hilang. Ia akan ditanam dalam gusi sebelum gigi yang diperbuat daripada porselin dilekatkan di atasnya.
Katanya, selain bergantung kepada keadaan gigi pesakit dan kekuatan tulang bawah gusi, ada kalanya proses meletakkan implan dan gigi dilakukan beberapa bulan atau hari selepas gigi dicabut.


Selepas implan ditanam, katanya pemasangan gigi akan dibuat beberapa ketika selepas itu dan sekali lagi ia bergantung pada kekuatan tulang bawah gusi pesakit.
Bagaimanapun, Dr Firdaus berkata, bagi pesakit yang memiliki tulang bawah gusi yang kuat, prosedur membabitkan penanaman dan pemasangan implan dan gigi dengan kadar segera boleh dilakukan. Kaedah ini dikenali sebagai implan pasang segera (immediate loading procedure).
Secara umum, pada peringkat antarabangsa, ada beberapa tempoh masa diberikan bagi menanam implan selepas gigi dicabut. Antaranya:
  • Implan pasang segera selepas gigi dicabut
  • Pemasangan implan yang tertunda selepas gigi dicabut (Delayed immediate post-extraction implant placement) yang memakan masa antara dua minggu atau tiga bulan selepas dicabut.
  • Pemasangan implan lewat (tiga bulan selepas dicabut)
Pesakit kadang kala tidak mahu menunggu lama untuk memasang implan selepas gigi dicabut, justeru implan pasang segera menjadi pilihan.
Prosedur ini membolehkan implan ditanam dan gigi terus diletakkan di atas. Prosedur ini banyak bergantung kepada beberapa faktor antaranya tulang gusi yang kuat untuk menampung implan dan porselin. Jika tulang gusi tidak kuat, ia tidak boleh dilakukan.


Dr Firdaus berkata, tulang bawah gusi berfungsi untuk memegang implan dan jika tidak kuat atau nipis, ia tidak boleh menampung porselin sekali gus menyebabkan pecah.


“Kalau tulang bawah gusi memang tidak kuat, ia diperbaiki dengan menambah kekuatan tulang menggunakan tulang sintetik yang diambil daripada rahang atau pinggang pesakit,” katanya.


Bagaimanapun, katanya bukan semua gigi boleh diganti dengan implan pasang segera. Hanya gigi yang tidak memiliki gigitan yang kuat contohnya gigi depan saja boleh melalui prosedur ini.


Katanya, prosedur penanaman implan tidak terhad kepada satu gigi saja. Malah, seseorang itu boleh memasang sehingga 11 implan dalam satu masa.


“Implan memiliki kekuatan yang sama dengan gigi asal. Ia boleh bertahan lama selagi kita menjaganya seperti mana penjagaan gigi biasa. Plak juga tidak mudah lekat kerana ia diperbuat daripada porselin, jadi ia licin,” katanya.


Dr Firdaus berkata, jika hanya satu batang gigi saja yang ingin diganti, prosedur implan satu keping menjadi pilihan.


“Biasanya, implan ini dipasang jika hanya satu batang gigi saja yang rosak atau ia berulang kali berlubang yang tidak boleh dibetulkan atau gigi hanya tinggal tunggul. Selalunya, prosedur ini menjadi pilihan mereka yang kemalangan jalan raya atau mengalami rahang pecah,”

Mengenali proses implan
  • Diagnos atau imbasan seluruh gigi perlu dibuat bagi mendapatkan ukuran. Ini bagi mendapatkan ukuran panjang implan yang akan ditanam. Panjang implan adalah berdasarkan panjang akar gigi yang akan diganti. Biasanya akar gigi orang dewasa adalah antara lapan hingga 15 milimeter (mm) dengan lebar antara 3.3 mm hingga 6 mm.
  • Pesakit akan dibius menggunakan jenis bius setempat dan prosedur memasukkan implan mengambil masa 10 minit. Proses ini tidak menyakitkan. sementara gigi belum dipasang, satu alat khas dipasang bagi menutup permukaan implan. Gigi (crown) akan diletakkan di atas implan dalam masa dua bulan setengah (minimum).
Kekurangan alternatif lain selain implan
  • Secara tradisionalnya kehilangan gigi akan digantikan dengan gigi palsu. Bagaimanapun, gigi palsu tidak membolehkan pemakainya menggigit dengan kuat, mudah patah dan pecah.
  • Satu lagi rutin gigi palsu yang mesti dipatuhi, ia perlu dibuka sebelum tidur bagi mengelak jangkitan.
  • Selain gigi palsu, alternatif yang ada adalah jejambat gigi (bridge) masalahnya, gigi di sebelah kiri dan kanan perlu dibetulkan bagi memudahkan proses menyangkut bridge. Masalahnya gigi yang elok juga perlu dipotong.
INFO: Siapa yang boleh menggunakan implan gigi?
Secara umum, mereka yang boleh memilih prosedur ini adalah;
  • Kehilangan sebatang atau lebih gigi.
  • Memiliki tulang bawah gusi yang kuat atau boleh melakukan prosedur graft tulang.
  • Berhadapan dengan trauma yang menyebabkan gigi rosak, patah atau mengalami penyakit kekurangan gigi sejak lahir (hypodontia)
  • Memiliki tisu mulut yang sihat
  • Tidak berhadapan dengan masalah kesihatan yang boleh mengugat proses penyembuhan tulang.
sumber : berita harian

Monday, December 20, 2010

Pantun Pre-Ending of 1st Sem

tuai padi antara nampak,
esok jangan layu-layuan,
baca lah buku sebelum tersedak,
esok jangan bertangis-tangisan.

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama ayam seramo [orang nogori cakap serama]
markah bonus mana nak cari,
kalau jawab exam - asyik Flag sokmo.

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
bila lagi nak selak nak belajar,
kalau bukan sekarang masa utk dimanfaatkan?

kaki kayu tak main tari,
tangan menari atas papan kekunci,
belajar jauh2 kasi bangga ibu pertiwi,
kenapa tak guna nikmat Tuhan beri?

dah. dah habis modal malam ni. tau pantun ni tak mampu kalahkan orang terer sastera.
tapi sape nak beli pantun, sila lah saling nasihat menasihat dalam ruang komen.
siapa dah siap susun jadual sem 2 untuk tasjil pukul 1, 22hb ni - kasi share sama dalam YG!


'Demi masa. sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran'

-surah Al Asr

 
1) sila buat hypothesis
sudah berapa lama pakcik ini bekerja di kedai ini - setiap hari melipat roti dan membakar roti?

2) nyatakan conclusion
pengajaran daripada gambar di atas.

Wednesday, December 1, 2010

terima kasih, murakib.

 
tapi kami bukan bujang lapok. gadis lapok pun bukan.
mungkin patut ada sesiapa yang nak mulakan topik ini untuk dibincangkan.
di Yahoo! Group, mungkin?


terima kasih atas jasa murakib.
-akhawat