Thursday, November 5, 2009

no.2 : kakiku di tanah, jari-jemariku di celahan dua baris gigi


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

mencuri masa seketika di celahan malam, waktu tangan dibekukan oleh cuaca tatkala memegang tetikus, mencoret sesuatu untuk mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan seperbarisan (erk...ea ke?) untuk mengingati kembali saat-saat apabila kta membaca "Tahniah! Anda telah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang PERGIGIAN di TIMUR TENGAH" serta menerima sepucuk surat "Program Intensif Timur Tengah" atau mungkin kata-kata daripada ibu atau ayah tercinta "Kamu nak belajar di luar negara? Mak / Ayah boleh usahakan.".
Masih ingatkah lagi guru-guru tersayang di INTEC yang sangat menghangatkan waktu-waktu yang berjalan dengan ilmu serta kenangan yang insyaAllah tidak dapat dipadam dari memori bersama. Masih ingatkah lagi wajah-wajah yang mengiringi langkah kte semua di lapangan terbang. Wajah ibu, ayah, adik-beradik, semua yang wujud, wakil pihak penaja serta rakyat Malaysia (yg terpinga-pinga xtahu apa di lapangan terbang).

Namun, sejujurnya, tiada apa lagi yang dapat menguatkan tekad dan semangat kte semua di sini kalau bukan pergantungan kepada Allah SWT serta kebersamaan kte semua. Percayalah bahawa jemaah itu lebih kuat berbanding satu jika kita memahami tujuan & halatuju perjuangan kte semua. Hadith Rasulullah (ara sebutkan mafhumnya di sini kerana kurang pasti dengan matannya) ada menyebut bahawa serigala itu memakan kambing yang bersendirian.

akhir tinta, tiada sebatang gigi yang dapat mencarik secebis makanan melainkan bersama dgn gigi-gigi yg lain.

waAllah a3lam

1 comment:

B for belle said...

igt !

hehe. igt potongan matan hadith tu;

فانما يأكل الذءب القاصية

kan? kan?