Thursday, December 31, 2009

no 12: jiran kita

bismillah.


tahun 2009 bakal melabuhkan tirai. teringin nak tahu agaknya macamana orang2 di sini sambut tahun baru. agaknya sama macam Malaysia tak, ye?


kerana memiliki sense as a muslim hari ini, jom usha berita yang masih hangat;
kerajaan Mesir telah memulakan projek pembinaan tembok bawah tanah di sempadan Mesir dan Palestin.


teruskan membaca pada link ini untuk kita lihat macamana umat dunia turut menentang keputusan ini.


kalau aku yang dah berada dekat dengan mereka ni baca tanpa rasa apa2, masih kah aku dikira muslim? dengar tak jeritan dari West Bank?


dan memang ternyata aku sangat perlu diingatkan dengan benda2 macam ni, dengan berterusan. agar aku tak lupa bahawa ada yang lebih susah. agar aku selalu mensyukuri kemudahan hidup yang aku punya sekarang. agar aku selalu sedar apa tujuan belajar sekarang ini. agar aku mampu menghulurkan bantuan kepada mereka, walaupun dengan cara yang tidak langsung.


ya, cara yang tidak langsung.
dengan doa2 yang selalu dititipkan khas untuk mereka setiap kali selepas solat.
dengan menambahbaik nilai tambah dalam diri untuk menjadi muslim yang terbaik.


semoga dengan cara itu, aku tak dihukum kerana mengabaikan saudara seislamku.



No comments: