Wednesday, December 30, 2009

no 11: sahabat sekalian...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. bangganya boleh menapakkan pos pertama dalam blog ni.. ;)..

pos kali ni tentang?

nak ajak kawan2 muhasabah diri kenapa kita nak jadi doktor gigi ye..

KISAH BENAR

Dulu.. ada seorang budak yang sangat blurr tentang cita2 hidupnya.. masa budak2 lagi selalu bagitau kat kawan2 bila besar nak jadi cikgu tadika.. masa berlalu dengan pantas, akhirnya budak naif tu pun membesar dari tahun ke tahun.. bila dah masuk sekolah menengah, masih setia dengan cita2 lamanya nak jadi cikgu tadika.. sampailah dia diizinkan Allah untuk ambik exam SPM.. sijil pelajaran malaysia ye.. dia pernah cakap, lepas SPM nak ambik course yang boleh jadi cikgu..

so, dia pun tekadkan dalam hati, ermmm.. best jugak kalau dapat ambik bahasa arab ye.. lagi best kalau dapat mengajar bahasa arab kat tadika.. hehe.. sambung belajar bahasa arab kat jordan.. maka, dia pun berpeganglah pada cita2 tu.. sampailah satu masa, result SPM keluar.. Alhamdulillah, dengan usaha dia yang tak seberapa, dengan rahmat Allah s.w.t, dapatlah keputusan yang baguslah kiranya.. lepas dapat result je, mak budak tu terus bagitau.. 'ambik medic ye'.. haaa? medic? takkan!! kenapa mesti medic, kenapa? semua orang sekeliling suruh apply medic.. dahla budak tu jenis yang lembik dengan benda2 darah ni.. boleh jadi nanti sampai patient doktor yang nangis sampai pengsan.. jadi doktor nak cucuk orang? nak bedah orang? tak sampai hatinya~ habis tu? macammana dengan bahasa arab??

dengan memikirkan harapan orang sekeliling,istikharah.. terutama teringat harapan mak ayahnya nak tengok anak jadi doktor, almaklumlah, semua 3 orang kakak dan abangnya tu dah masuk bidang engineering semuanya.. yang ke 5 nak suruh jadi perintis pulak kepada adik2nya yang 4 lagi dibawah untuk jadi doktor jugak.. so... nak ada jugak anak doktor, nak warisi ayahlah katakan.. maka dia pun buat keputusan, apa kata kalau apply dentist.. huhu.. walaupun lebih kurang je macam medic, tapi tak sibuk sangat kan? [budak ni berfikiran agak jauh untuk kemaslahatan masa depan.. hehe ;)].. isilah borang biasiswa JPA, budak ni mintak dentistry timur tengah.. satu berita yang sangat menggembirakan, kalau dapat course ni boleh pergi jordan.. YES!! tak habis lagi dengan cerita medic, mak budak tu nak jugak dia isi borang apply medic mesir, maka applylah 'pinjaman' yayasan negeri budak tu menetap..

Tunggu punya tunggu keputusan, akhirnya.. dapatlah tawaran JPA.. pastu, terfikir lagi.. dentist? harapan dah hancur.. takpelah.. dentist pun dentist la.. tak kenal maka tak cinta kan?? minat boleh pupuk.. ok! teruskan mujahadah.. tak lama lepas tu, masuk tempat persediaan dapatlah pulak tawaran yayasan tu, nak ke tak nak? mesir.. tanpa fikir panjang terus tolak.. akhirnya, bila dah sampai jordan, baru faham hikmah disebalik semuanya.. sebenarnya budak tu pun mula sedar, dunia Islam sekarang memerlukan lebih ramai golongan professional yang berdakwah dan faqih bukan saja dalam bidang pergigian malah agama.. lama2, terima dengan redha dan mula suka nak jadi dentist.. mak ayah budak tu pun terima dengan gembiranya keputusan anaknya.. bangga budak tu ada mak ayah yang sangat memahami.. ;)


so.. khulasahnya?
kenapa nak jadi doktor gigi? kaya sebab gaji banyak sekarang? almaklumlah malaysia sangat memerlukan doktor gigi.. ataupun, sebab saja suka tengok gigi? hee..
ayuh sama2 kawan2 kita bergerak ke arah keseimbangan hidup duniawi dan ukhrawi.. jom kita jadi dentist dalam masa yang sama da'ie professional.. tak semestinya dengan course agama je kita boleh faqih dalam bidang agama.. so, grab the chance sepanjang berada di bumi anbiya' ni.. insyaAllah.. mardhatillah itu matlamat utama.. sama2 kita bantu membantu antara satu sama lain.. berjaya bersama2 dunia dan akhirat.. ber'dentist' hingga ke syurga.. amiin.. ;) selamat berjuang fisabilillah.. kita semua bakal dentist dan da'ie berkaliber.. islah nafsak wadh'u ghairak [mustapha mahsyur]...

*bakal dentist berkaliber.. insyaAllah*
budak bilik jim-12,
sakan baitu thalibah,
syari' jamiah,
irbid, jordan.. ;D


2 comments:

kami said...

dont worry, wawa. you are not alone in this case. there are a lots of us who have the same so-called fate, just like you..or even worse.

keep trusting in Allah. for He is always at the thoughts of His slaves.
[mafhum hadeeth]

Najwa Aiman said...

btul2..
mmg kisah org lain lg sedih..
lg payah..
bersyukur~

'Allah xkn membebani seseorg itu melainkan dgn kesanggupannya..'