Wednesday, October 27, 2010

Assalamualaikum.
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah
Diatas segala nikmat yang diberikanNya dengan banyak sekali ke atas kita.
Setiap detik,setiap masa kita seharusnya bersyukur.
Menghadapi fatrah exam butang 'pause' untuk kita tidak melahirkan rasa kesyukuran.
tinggi rendah markah.bersyukurlah.

bagi yang rendah.
ingatlah
.lumrah hidup macam inilah.
siri-siri episod ujian Allah kepada kita yang sentiasa layak diuji
sebagai hamba yg dhaif lagi lemah


bagi yang tinggi.
ingatlah
Nabi saw bersabda:

إن الله أوحى إلي أن تواضعوا حتى لا يفخر أحد على أحد ولا يبغى أحد على أحد


“ Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada ku agar kamu semua bersikap merendah hati mu supaya kamu tidak bermegah kepada yang lain dan tidak menzalimi orang lain.”



nikmat akan ditanya.


semakin lama manusia hidup semakin banyak nikmat yang dia kecapi, semakin banyak soalan tuhan yang dia akan terima pada hari kiamat. Setiap sen , setiap detik, setiap nafas dan setiap nikmat akan ditanya. Itulah yang tuhan Maha Agong firmankan dalam Quran yang agong dalam ayat yang terakhir surah at-Takathur:

" Kamu pasti akan ditanya pada hari kiamat tentang segala nikmat yang kamu dapat."

Kita kebanyakannya gembira mendapat nikmat. Ada yang puas, yang tersenyum, yang ketawa, yang gembira, yang melompat dan berbagai gaya dan aksi lagi. Tetapi baginda saw menangis ketika mendapat nikmat. Setelah baginda makan kambing panggang dan susu kambing bersama sahabat, baginda menangis sehingga basa lantai. Apabila ditanya, baginda menjawab :

" Ini adalah daripada nikmat yang ditanya tentangnya."

Nabi orang yang paling bersyur terhadap nikmat tuhan menangis kerana takut tidak mensyukuri nikmat Allah. bagaimana dengan kita yng banyak kufur dengan nikmatnya....lagi banyak nikmat lagi bnyak soalan yang akan kita terima pada masa kita dihisab kelak. 

Setiap nikmat yang kita terima akan menuntut haknya pada hari kiamat kelak. Dari mana kita ambil dan kemana kita gunakannya. Nabi saw bersabda:

" Anak adam pasti akan ditanya 4 perkara pada hari kiamat kelak

1. DItanya tentang umurnya bagaimana ia habiskan.

2. Ditanya tentang masa remajanya bagaimana dia menggunakannya.

3. Ditanya tentang hartanya , dari mana ia ambil dan ke mana dia gunakannya.

4 . Ditanya tentang ilmunya sejauh mana pengamalannya.

Hadis riwayat tirmizi.


Allah menuntut hak kesyukuran dari segala nikmat yang diberikan kepada kita. 



Apa hak kesyukuran? 
hak syukur adalah menggunakan segala nikmat Allah untuk apa yang Allah perintahkan. Nikmat datang dari Allah, dengan cara Allah kita kena gunakan. Setiap detik dan setiap nikmat yang kita terima kita kena gunakannya untuk Allah dengan berpandukan al-Quran dan Sunnah.


alhamdulillah 3la kulli hal
Terima kasih Ya Allah atas rahmat dlm hidupku.
alhamdulillah




5 comments:

kauthar khari said...

jazakillah khair sharina. peringatan ini sangat berjasa.

apa langkah Biro Akademik Dentist seterusnya dalam mencorak perjalanan dentist di bumi Jordan ini?

kami said...

allah yujzikil kheir.utk diri dan semua umumnya

err,sedang mengatur insyaAllah.yg kita ckp 2 hari lepas tu tampaknya perlu dan sebaiknya biar ada perancangan kemas terlebih dahulu.nanti perlukn kamu,ai kolling2 ok kauthar

Anonymous said...

shena, kenapa 3alhamdullilah ?
bukan dy alif ke, bukannya 'ain?

-saya yang cetek ilmu agama-

kami said...

oh betul la anon.sorry2.terikut dgn 3la kot.thanks tegur

Anonymous said...

hihi.takde pape la sayang :)biasa la tu, btw, gud job.