Friday, October 29, 2010

cukup beradab dah?

teringat pesanan seorang senior kepada kami.


"ada 2 benda yang kita kna jaga dalam menuntut ilmu. ADAB dan BERKAT."


artikel bawah ni di copy dari http://www.zaharuddin.net/


Allah swt pernah menggambarkan bagaimana adab penuntut ilmu di hadapan gurunya :-
قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِى فَلاَ تَسْأَلْنى عَن شَىءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْراً
Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu " ( Al-Kahfi, 70)

Adab-adab penuntut ini sangat ditekankan oleh ulama silam sehingga Imam Al-Ghazzali menyebut :-
ومهما أشار عليه المعلم بطريق في التعلم فليقلده وليدع رأيه فإن خطأ مرشده أنفع له من صوابه في نفسه
Ertinya : Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan sang guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya apa yang datang dari dirinya (penuntut)" ( Ihya 'Ulumiddin, 1/50)

Tidak dinafikan kita boleh berhujjah, berdiskusi  dan mengkritik pendapat Imam Al-Ghazzali di atas, namun sefaham saya ia dibuat dalam konteks penekanan keperluan menghormati guru, meyakini ilmunya dan adab-adab penuntut ilmu di hadapan guru.
Sebagai murid atau penuntut, jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat guru, anda boleh berbincang dengan guru secara tertutup, mengemukakan hujjah anda dalam bentuk yang beradab dan tenang serta menjaga air muka serta menghormati tarjihan sang guru.
Ramai saya temui, penuntut yang menampilkan hujah seolah-olah si guru tersebut tidak tahu. Ramai penuntut yang baru khatam dua tiga buah kitab, merasakan diri lebih bijak dari gurunya.
Jika ada yang mengatakan, "memang hakikatnya murid itu lebih bijak dari gurunya" atau  "murid tidak yakin guru itu lebih tahu dari dirinya",

Lihatlah contoh anak murid Imam Syafie Rabi yang berkata :-
وقال الربيع صاحب الشافعي رحمهما الله ما اجترأت أن أشرب الماء والشافعي ينظر إلي  هيبة له
Ertinya : Berkata Rabi', murid dan rakan SYafie, aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Syafie sedang memandang ke arahku, merasakan kehebatannya" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)

Malah penuntut ilmu Islam di zaman silam amat menghargai gurunya sehingga mereka sering berdoa :-
اللهم استر عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني
Ertinya : "Ya Allah, tutuplah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku"

Berusahalah mencari guru yang dipercayai, doakan agar tidak terlihat aibnya, dan jangan mencari kelemahannya, ambil kebaikannya, diskusi dengannya dengan adab dan masuki majlisnya dengan hormat agar berkat ilmu mampu sampai dan memberikanmanfaat di dunia dan akhirat.
Ingatlah, berkat itu amat perlu dalam pengajian ilmu Islam, dengan wujud keberkatan, kefahaman mudah diperoleh, ingatan lambat luput, amalan menjadi mudah, hati menjadi tenang.

Tanpa adab, berkat hilang dan susut, kefahaman tidak menjelang tiba, lupa adalah sindrom biasa dan fikiran sentiasa merasa serabut, hati gersang dan kering.

boleh baca artikel penuh disini


tak pedulik la arab, kalau diorang tanak datang kelas, kutuk lecturer, bising2 kat blakang. kite kan melayu beradab tinggi :) harapnya dengan kite duduk baik baik comel hensem dalam kelas buat lecturer sejuk hati tengok :P

ingat,
kaf ba ra ta alif ta nun! :)

2 comments:

geng said...

kaf ba ra ta alif ta nun.

mari ikut ramai2. paku dalam hati.

Anonymous said...

tq kak bibot
jemput datang rumah lagi!

ps: ade kak
eheh