Monday, December 20, 2010

Pantun Pre-Ending of 1st Sem

tuai padi antara nampak,
esok jangan layu-layuan,
baca lah buku sebelum tersedak,
esok jangan bertangis-tangisan.

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama ayam seramo [orang nogori cakap serama]
markah bonus mana nak cari,
kalau jawab exam - asyik Flag sokmo.

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
bila lagi nak selak nak belajar,
kalau bukan sekarang masa utk dimanfaatkan?

kaki kayu tak main tari,
tangan menari atas papan kekunci,
belajar jauh2 kasi bangga ibu pertiwi,
kenapa tak guna nikmat Tuhan beri?

dah. dah habis modal malam ni. tau pantun ni tak mampu kalahkan orang terer sastera.
tapi sape nak beli pantun, sila lah saling nasihat menasihat dalam ruang komen.
siapa dah siap susun jadual sem 2 untuk tasjil pukul 1, 22hb ni - kasi share sama dalam YG!


'Demi masa. sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran'

-surah Al Asr

 
1) sila buat hypothesis
sudah berapa lama pakcik ini bekerja di kedai ini - setiap hari melipat roti dan membakar roti?

2) nyatakan conclusion
pengajaran daripada gambar di atas.

5 comments:

bawahbumi said...

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama ayam seramo,
markah bonus mana nak cari,
kalau jawab exam - asyik Flag sokmo.

terase =(

Anonymous said...

style

x dan nak jawab, nanti lepas habis exam la (alasan yg slalu dberi)

*lepas exam tu mknanya lpas habis sem kut, sbb exam x habis slagi xhabis sem

Anonymous said...

pengajaran gambar:

sila jangan jemu dengan apa yang anda lakukan.

bayangkan pakcik tu setiap hari main dgn tepung jjeee..
at least kita ade gak hari yg dapat main dengan kucing, kan?

pakurawan said...

like komen diatas.

ara said...

sape curik2 amik gambar pakcik roti faveret kami nih? haish...

tapi terbaiklah!walaupun buat benda yg sama hari2 tpi hari2 pun buat roti terbaik...