Saturday, December 26, 2009

no 10: yang manis akan tertulis

bismillah.

Okeh ladies. Semua dah pasang enjin untuk kita berlepas?

...............sedia........................

kerana sebentar lagi 'pesawat ilmu' akan membawa anda
menjelajahi alam maklumat tanpa sempadan.
sila bekal kan diri dengan se beg galas niat yang ikhlas,
satu beg tarik kesungguhan bersama2 se pasang sut matlamat di akhir yang jelas.


Dunia akan terasa indah apabila kita dapat menghargai dan dihargai. Macam tu lah manusia. Dan yang pasti, kita takkan terlepas dari itu semua. Terkadang kita terguris hati kawan rapat atau kawan sebilik, maka yang kita rasakan di dalam hati adalah betapa tak selesanya dunia untuk diduduki. Tapi, bila datang orang memberikan hadiah tanda dia menyayangi kita, bila ada yang sudi untuk belanja kita selalu [bukan bermakna materialistik] , bila ada sahaja yang mahu mengorbankan diri.. kita akan terasa nikmat hidup. Best lah.



Hakikatnya, semua benda kita akan rasa seronok kalau banyak benda kita dapat dari orang sekeliling. Kita ambil manfaat dari kebaikan orang. Tapi, pernah tak kita fikir apa kebaikan yang kita dah sumbangkan untuk manusia sekeliling kita? Pernah tak orang sekeliling kita bahagia sebab ada nya kita di sisi dia?


hiduplah untuk memberi dengan sebanyak2nya,
bukan untuk menerima dengan sebanyak2nya.
-Laskar Pelangi-




Pastikan setiap kehadiran kita di sisi seseorang tu, membuatkan dia rasa beruntung kerana memiliki kita sebagai sahabat. Duduk2 oversea ni, kena lah rasa kawan tu macam ahli keluarga. Berkongsi semua rasa, bermesra pada tempatnya. Tapi still, keluarga di Malaysia tak boleh dilupakan. Sikap terbuka antara kita sebenarnya tak pernah merugikan, bahkan ia sangat membantu untuk kita naikkan semua nilai2 kosong dalam diri.



Dulu tak reti nak memasak, sekarang dah boleh buat home-made-lasagne. Dulu teringin sampai mengidam2 kuih muih Malaysia, sekarang karipap pun dah boleh kelim sendiri dengan cantik. Dulu nak makan hidangan segera, hulur duit je ke kedai tepi jalan. sekarang coleslaw, mashed potato, ayam kentucky, kek, karamel, sushi - sebut saja, ada duit beli bahan, masak ramai2.



ni yang best kalau dapat duduk ramai2 satu bangunan. haha. macam buat negara sendiri pulak. ye la, sekarang lah masa nak mencipta kenangan manis. Sebelum semua bertebaran di muka bumi Irbid ni, sekarang lah masanya untuk saling berukhuwwah :D

Akhir sekali, semoga hasil ikatan kasih sayang ini akan menjadi asbab untuk kita ke syurga, [berPermai hingga ke syurga]  dan tidak termasuk dalam golongan yang diceritakan Allah dalam surah AzZukhruf ayat 67. rajen kan diri usha tafsir dia yep?

Orait. adios amigos. nak tulis panjang2 tapi ada Afiqah Fuzai kat sebelah ni datang malam2 mengigau risau pasal tasjil untuk 2nd sem. bittaufiq semua!

p/s: study2......final exam~

3 comments:

Unknown said...

salam~

hikmah study overc..
blajar dentist n masak skali.
taniah2..

admin said...

to faiq >> blaja medic pun boleh blaja masak jugak :)

shena said...

hoho...cam x sdia si fikah fuze tue caner.bab menempel no 1..huhu