wah!!!dah seminggu jugak ruapanya cuti kita semua. apa perasaan? happy? lega? tak sakit kepala?
'tak!' kata seseorang yang tak perlu dikenali..
oh ea? kenapa ea? muaddal kurang menggembirakan? mm...macam mana tu ea?
'DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BERADA DALAM KERUGIAN. MELAINKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, SERTA ORANG-ORANG YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN'
kalau nak diundur masa, itu adalah sesuatu yang mustahil. yang telah berlalu tak dapat dicapai kembali tapi, kan kita masih ada peluang untuk menjadi yang terbaik pada masa yang akan datang? bukankah kita adalah sebaik-sebaik ummah? jadi, sewaktu cuti ini..berjaulah-lah, melihat & menghayati kurniaan-Nya dan carilah hikmah serta analogi yang boleh diumpamakan untuk kehidupan kita semua...gunakan masa ini sebaik mungkin untuk merangka kembali strategi untuk memperbaiki diri kita pada masa yang akan datang..inshaAllah.
kawan-kawan!!!!
apa guna kita jadi kawan kalau setakat bergembira bila dapat donut free dari rumah sebelah, (hanya analogi semata)...sayang bila dapat suprise masa birthday dan excited bila diri sendiri dapat markah tinggi...sedangkan bila dia dapat markah rendah, kita tak tahu...bila dia tengah susah hati sebab ibu dia tak sihat kita tak perasan...bila muka dia jadi hijau bila makan masakan kita yg ada bahan yg dia alergi kita buat muka tak bersalah.....tak rasa diri ini tidak adil ke?
hadith Nabi Muhammad S.A.W 'siapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi'...kalau kita jarang ambil berat tentang kawan-kawan kita...layakkah kita mengharapkan kawan-kawan kita prihatin terhadap diri kita?...yang ni jawab sendirilah ea...tapi, apa salahnya kalau kita sentiasa ambil berat tentang sesama kita~bukankah ukhuwah itu manis?kalau dia nampak lemah, kita tolong dia, bangkitkan semangat dia, rangka strategi baru bersama-sama dia....barulah semangat nak shopping sama-sama, melancong sama-sama, tahajud sama-sama...betul tak?
berbalik kepada surah al-Asr tadi tu...
rasanya macam dah banyak kali kita diperdengarkan dengan ayat ini beserta syarah tentang maksud yang tersirat dan tersurat di sebaliknya...memang, tapi sedar atau tidak, sudah berapa peringatan yang kita dengar, sudah berapa muhadharah yang kita hadiri. sudah berapa buku ilmiah yang telah kita khatam.....tapi, di mana tindakannya?
tahu tak? ada seorang pemimpin Israel (maaf, bila namanya telah ditemui saya akan maklumkan) telah memberitahu tiga kelemahan umat Islam...tapi hanya dua daripadanya yang saya ingat; 1.tiada perancangan yang teliti dan 2. Malas membaca. kemudian, ada orang yg bertanya kepadanya, kenapa dihebahkan keburukan umat Islam itu? bukankah nanti mereka akan tahu dan berusaha membaikinya? tahukah semua apa jawapannya? 'mereka tidak akan tahu kerana mereka amat malas membaca'
apakah yang terlintas di sukma nada sekarang?
marah? geram? risau?
atau tiada perasaan sama sekali...
kita semua sedar, bahawa hidup kita di dunia ini adalah untuk mencapai keredhaan Allah....jadi jomlah sama-sama memantapkan komuniti kecil kita ni! inshaAllah kelak kita mampu membuat anjakan paradigma yang lebih besar dalam ummah kita,inshaAllah.