Monday, August 16, 2010

fatrah peleburan

bismillah alRahman alRaheem

hari ini nak cerita tentang kitaran batu.atau dalam bahasa Mickey Mouse 'Rock Cycle'. umumnya kitaran batu ada tiga peringkat; Lithification, Metamorphism dan Weathering & Erosion. dan setiap peringkat memperuntukkan masa yang lama sebelum ia masuk ke peringkat yang seterusnya.

3 peringkat utama

Apakah yang membezakan satu peringkat dengan satu peringkat yang lain? Mengapa ia mengambil masa yang sangat lama? apakah perlu ia bertukar dari satu peringkat ke peringkat yang seterusnya?


 darjah kepanasan dan tekanan
semakin tinggi sesuatu peringkat, semakin tinggi suhu yang dikenakan terhadap batu tersebut. makin lama, ia akan berada makin jauh di bawah bumi sehingga tekanan turut bertambah dan bertambah sehingga boleh mencapai 200 darjah celcius & 1500 bar~subhanallah.

Dari Sediment Rock, ia bertukar menjadi Metamorphic Rock di bawah suhu dan tekanan tertentu. Kemudian, jika suhu dan tekanan bertambah, proses peleburan boleh berlaku sehingga ia bertukar menjadi Igneous Rock, atau terus kekal sebagai Metamorphic Rock ataupun terus bertukar menjadi Sediment Rock sekiranya ia terdedah kepada angin dan air. Igneous Rock pula boleh meletus sebagai magma, dihakis dan menjadi Sediment rock kembali.

makin berusia makin berharga

metamorphism
batu yang lebih tua usianya makin kukuh strukturnya justeru mempunyai lebih banyak manfaat. harganya juga lebih tinggi kerana cara untuk melombongnya adalah lebih rumit dan ruwet. tetapi ia sangat memakan masa.

gneiss

kita



وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا


[25.62] Dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur.

[25.62] And it is He who has made the night and day follow each other for those whom He desires to remember or He desires to be thankful.


Subhanallah, Allah telah menjadikan banyak contoh untuk kita fahami melalui penciptaan-Nya. seperti batu tadi, anggaplah kita seperti batu tersebut. Bakal melalui fatrah berbeza-beza dalam kehidupan dengan cabaran dan tekanan yang semakin banyak dan menyesakkan. Adalah lazim, untuk menjadi individu yang hebat, kita perlu ada tekanan yang hebat. tak akan mahu kekal biasa-biasa je?

           orang yang biasa-biasa sahaja hanya layak mendapat yang biasa-biasa sahaja, seperti juga batu tadi. Jika ia tidak mahu dikenakan tekanan & haba yang tinggi, maka ia boleh duduk di tepi-tepi jalan, disepak oleh orang lalu lalang. Tetapi yang baik itu tersimpan di bawah bumi, diekstrak dengan berhati-hati kemudian diproses dengan baik dan dianggap cantik.

diuji dan teruji

ujian perlu ada supaya kita tidak tinggal di zon selesa. tinggal kita sendiri yang memilih sama ada mahu mengatasinya atau meninggalkannya. jika diatasi, kita akan tahu kemampuan yang selama ini tersembunyi dalam diri kita tapi jika kita meninggalkan ujian tersebut, kita terus di zon yang sama, meneruskan fatrah yang stereotaip tanpa kemajuan. 

Sedangkan Anbiya' juga berdoa merendah diri ketika diuji, apakah kita mahu terus berkeluh kesah tentang kenapa perlu diuji?

Nabi Nuh A.S


"Maka dia mengadu kepada Tuhannya; bahawa aku ini adalah orang yang dikalahkan, oleh itu bantulah aku" (Al-Qamar : 10) 
Nabi Nuh berdoa dengan perasaan lemah, dan dalam masa yang sama meyakini adanya ketenangan dan bantuan daripada Allah.
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan menurunkan air yang mencurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata-mata air, maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang telah ditetapkan" (Al-Qamar : 12) 


Nabi Ayyub A.S


"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Maha penyayang di antara semua yang penyayang" (Al-Anbiya' : 83) 
"Maka Kami pun memperkenankan seruan doanya itu, lalu Kami sembuhkan penyakit yang ada padanya" (AL-Anbiya' : 84)


dan banyak lagi teladan yang boleh ditadabbur daripada ayat-ayat alQuran. Jika mereka berdoa apabila diuji, kenapa tidak kita?

mereka nabi, kita manusia biasa

seperti batu tadi, kita sedang berada dalam fatrah tekanan .anggaplah fatrah peleburan ini akan membetuk kita menjadi manusia yang lebih baik, yang lebih cekal dan lebih kuat daripada hari ini. usaha yang dulu kita anggap mustahil untuk kita lakukan akan jadi biasa buat kita. jadi, lebih mudah untuk kita laksanakan perkara-perkara yang lebih sukar kelak ~ inshaAllah

Kita semua adalah hamba Allah. Tinggalkan keluh kesahmu, bangkitlah kembali dan berusaha lagi. mungkin, usaha yang sebelum ini belum cukup kuat untuk kita dapatkan yang terbaik.

Tetapi, jangan lupa, yang Allah pandang bukanlah pada natijah usahah kita tetapi pada sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah.

muhasabah

adalah perlu untuk melakukan muhasabah sebelum kita meneruskan perjalanan. seperti juga jika kita sesat di padang pasir, pasti kita akan merujuk kembali peta dan kompas supaya langkah lebih teratur selepas ini.

Muslim juga diajar untuk mencari kekurangan yang perlu diperbaiki supaya kita akan melakukan yang lebih baik untuk kali yang seterusnya.

 (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)

saling memperingati, menarik yang jatuh, merapat yang jauh

dalam bergerak, jangan lupa kita juga perlukan teman yang boleh menarik jatuh kita, mengobar semangat yang pudar. pinta diri kita dimuhasabah dan bersedia untuk berubah. jadilah matang dalam menerima dan memberi pendapat. kita bukan lagi dalam fatrah main-main. tetapi kita sedang mempersiap diri untuk sesuatu yang lebih sukar daripada mengejar segulung ijazah, lebih curam daripada cerun yang landai.

 Muhasabah yang tajam dari seorang dua ikhwah yang ikhlas tidak patut dibalasi dengan serangan balas. Mempertahankan diri dari muhasabah bukan sikap yang baik. Ketika Omar ra di tegur oleh seorang sahabat supaya ber’taqwa’, maka Omar berterima kasih kerana masih ada orang yang sanggup untuk menasihatinya kepada suatu perkara yang dia sendiri antara orang paling bertaqwa di zamannya.

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)

Allahua3lam

3 comments:

bawahbumi said...

mekasih kauthar :)

tp batu takde hati+hormon.
hek.hek.abaikan.

ara said...

heee...dah jenuh ku gali bawah bumi ni....isk..isk...sedang melebur agaknya...sbb tu xnampak..heee

Anonymous said...

nak gali apenyer.dah berkubur dah.kang tetibe idup kang susah plak.
hek hek.


:) bb