kuiz :
cuba teka di manakah papan tanda ini boleh didapati?
************
sebagaimana gambar ini telah mengingatkan kita;
'he who makes no mistakes makes nothing'
saya terjemahkan 'kita' dalam ayat di atas kepada:
1) yang rasa dah jawab soalan biochemistry final tadi dengan yakin. yakin bahawa dah salah banyak.
2) yang rasa muaddal tahunan dia tak membuatkan orang sekampung di Malaysia cukup berbangga bila mengetahuinya
3) yang rasa dah tak boleh nak teruskan lagi pengajian dalam bidang ini
4) yang rasa macam-macam lagi rasa d0wn kerana telah melakukan sesuatu yang teruk/buruk sebelum ini.
ya. kita semua. semoga ayat ini berjaya membuatkan kita berfikir semula, jika pernah terdetik dalam hati untuk cepat menyerah kalah sebelum perjuangan tamat. ianya adalah okay untuk gagal sebelum ini, lalu belajarlah daripadanya. apa yang penting sesudah kecundang, adalah apa yang kita buat untuk berdiri semula.
Syed Qutb rahimahullah pernah berkata;
saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu adalah apabila kamu melawan rasa lemah itu
buat yang bakal menghadapi exam Intro to Dentistry | Natural Resource | Intro to Psychology esok dan yang bakal mengambil peperiksaan takmili; ada sket bekalan doa yang pernah saya belajar dari kawan sekolah dulu ;
اللهم ارزقنا نجاحا نبتغي به رضى ربنا
وننصر دعوتنا ونبر به والدينا
ونسعد به اخواننا ونكرم به وطننا
وننفع به مسلمين
[ homework : baris dan maksud, sila tanya orang terer bahasa arab yang berdekatan]
p/s : ini tak bermakna gambar di atas memberi galakan supaya kita terus2an melakukan kesalahan yang sama berulang kali, dengan sengaja . jugak tak bermaksud jika sebelum ini kita dah buat perkara yang betul, bererti kita tak buat apa-apa. harap sampai lah maksud sebenar.
p/s 2 : entri ini sungguh berbaur motivasi. ampun lah kalau yang tak ter-motivasi selepas membaca ni.
p/s 3 : rajin-rajin usha lah video di bawah. antara teknologi terbaru dalam bidang pergigian :
4 comments:
kat raudhah sbaris dgn masjid tal!!!!yeay! dapat gula2 x?>
keh3. mantop la kauthar. laju je.
gula-gula tak bagus utk gigi..kan Dr Kauthar (?)
Tak haci.. Baru nak jawap :[
k.syi, sape cepat dia dapat.
Post a Comment