Friday, August 13, 2010

Interview Dentist

salam Ramadhan hari ke-3.




MiniClinic 2010 , Irbid , Jordan


sementara cuti bulan Jun 2010 yang lepas, saya ada buat unofficial interview dengan seorang kawan lama - sekarang ni sudah pun berumahtangga, menjadi dentist dan baru sahaja memulakan pengajian master beliau. beliau adalah lepasan universiti tempatan di Malaysia, jadi saya berpendapat mungkin sikit sebanyak perbualan kami tentang dunia pergigian di Malaysia dapat memberi manfaat kepada kita semua, bakal dentist dari Jordan, inshaallah.

untuk mendengar hasil rekod perbualan kami, boleh klik dan download dari link ni :



antara isu² hangat yang dibincangkan adalah :

1- apa cabaran semasa belajar dalam fakulti pergigian, dan semasa bekerjaya?

2- apa nasihat untuk overseas graduated students?

3- sumbangan apa yang dentist boleh buat untuk masyarakat?

4- apa kepuasan menjadi seorang dentist?

5- isu² pasal compulsory service dan attachment di Malaysia

6- kongsi pengalaman+pendapat tentang master+specialist dalam bidang dentistry

7- kisah² posting sepanjang 3 tahun compulsory service


nampak soalan² yang ditanya agak tidak realistik untuk kita yang baru setahun jagung dalam fakulti pergigian. tapi mungkin interview ini dapat memberi gambaran tentang masa depan kita. betul, perjalanan kita masih jauh. tapi tak salah untuk menjangka perancangan + ambil tahu apa² berkaitan dunia gigi di Malaysia =D

sembang² kami berlangsung selama lebih kurang 30 minit. ada part yang jelas, ada sebahagian yang tenggelam suara. hasil interview ini adalah perkongsian pengalaman sebagai pelajar fakulti pergigian di Malaysia semata², bukan bermaksud untuk menjatuhkan mana² pihak secara sengaja ataupun tak sengaja. mungkin pendapat² beliau sesuai dipakai pada situasi+tempat tertentu, mungkin tidak. mungkin ia bermanfaat untuk masa depan kita, mungkin ada yang akan rasa picisan saja. terpulang kepada yang mahu menilai.

biodata dentist dirahsiakan, bagi menjaga kemaslahatan tertentu. sebarang perbualan peribadi dalam sembang² ini boleh diabaikan dan berhak untuk tidak diambil perhatian.


***


selamat mengejar Redha allah dalam bulan Ramadhan.
p/s : jangan tuang puasa, Tuhan tahu!

No comments: