Saturday, August 7, 2010

youtube dan mata

bismillah.moga hati hati menjadi tenang.
masalah global:youtube dan mata.

sebagai manusia yang ada nafsu,memang susah bila dah terbuka laman manusia beraksi seperti haiwan depan lensa.tolongla faham.malas nak cakap terang terang.macam cikgu aku cakap benda benda macam ni positive feedback mechanism.betul,tak tipu.sama juga macam nak beranak.sakit bertambah sakit,bertambah sakit supaya senang lahirkan anak.seronok bertambah seronok,makin nak tengok maka klik lagi dan lagi.walaupun dah tahu benda ni berdosa.orang belajar agama ke,tak belajar agama ke,syaitan dan nafsu tetap melekat.

jadi sebagai ibubapa yang prihatin,marilah sama sama menjaga kemaslahatan anak anak.erk,diri sendiri dulu la kan,mana ada anak lagi!macam mana?kalau rasa tak boleh kawal diri sendiri biar benda lain tolong kawalkan.

langkah mudah sangat.pergi dekat laman youtube macam biasa.scroll sampai bawah.bawah sekali belah kanan,ada safety mode.turn onkan.cubalah try browse mana mana perkataan yang ***** insyaAllah ditapis.tapi,jangan mengadangada nak turn off balik pulak.

setakat ni,terjumpa safety tool yang itu aje.sebenarnya nak cari yang mantap lagi.tapi takpelah,sementara waktu.lepas ni boleh cari kat Malaysia.cuma berkongsi,harap harap korang buat la,hidup kat dunia bukan selamanya.Allah nampak apa kita buat.kita perlukan alat sokongan kalau rasa diri tu lemah.bayangkan kalau mata dua kita ni dicampak dalam air mendidih.nauzubillah.

perasaan bertuhan memang wujud.cuma adakah kita ambil peduli atau tak.rasa berdosa memang wujud,cuma adakah kita berusaha untuk cari jalan penyelesaian selain bertaubat.ya Rabbi,kami insan lemah.doakan,semoga semua kita dilindungi dari penyakit nafsu.ameeen.harap harap aku yang menulis ni lebih lebih la menjaga mata.

kalau ada lagi safety tool yang lain,bolehla kongsi.perkataan loser macam best untuk buat quotes.sebab aku selalu rasa tercabar bila orang sebut loser.
if u dont care of ur iman,then u re the real loser!


5 comments:

Unknown said...

peh.

post yang berani. mantap2.

bukan kawal nafsu. lawan nafsu.

=]

~Op.Muiz~ said...

boley pakai...
thanks.

SyahidaMajid said...

Oh sangat bagus la post ni! Tak sia-sia jadi doktor (apekah??). Dok katarak mata tengok front page YTube tu

Najib Daud said...

terbaik la doctor ni. serius.

thanx for reminding.

Miss X said...
This comment has been removed by the author.